Hujung minggu Ibu tak kerja tapi tetap sibuk dari pagi sampailah ke malam. Tetaplah bekerja untuk anak-anak. Awan dan Alan ponteng tusyen minggu ni. Alan ke sekolah training untuk pertandingan water rocket, Awan pulak menghadiri Bengkel Penulisan Kanak-kanak di Pustaka Negeri Sarawak. Hanya 4 buah sekolah yang terlibat dari PPD Kuching dan setiap sekolah menghantar 5 orang wakil murid. Syukurlah Awan terpilih antara ramai-ramai murid.
Gambar di hari terakhir semalam. Sijil penyertaan belum ada lagi, mungkin sekali dengan buku fizikal yang akan diedarkan nanti.
Petikan dari FB Rasmi Pustaka Negeri Sarawak
19 April 2026, Kuching - Dua hari penuh inspirasi telah melakar kenangan indah menerusi Bengkel Penulisan Kanak-kanak Bersempena Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 yang berlangsung dengan jayanya!Dibimbing oleh Puan Norhayati Daud, Pengasas Kad ASK, para peserta cilik telah berjaya menzahirkan kreativiti mereka dengan menghasilkan 20 buah cerita menarik bertemakan “Kucing”. Semuanya ditulis sendiri dengan penuh imaginasi dan semangat!Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas usaha dan pencapaian yang membanggakan ini!Lebih membanggakan, hasil karya ini akan diserahkan kepada Pustaka Negeri Sarawak sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 23 April 2026 untuk diterbitkan.Teruskan membaca, teruskan berkarya kerana setiap cerita kecil mampu memberi impak besar.
Tak sabar nak tunggu buku fizikal pada 23 April 2026 nanti!!


5 Comments
Wah kecil lagi sudah diajar menjadi penulis. Bagus lah. Tahniah semua
ReplyDeleteHujung minggu full aktiviti anak2 baru la terisi masa.
ReplyDeleteWah sik sabar baca cerita kucing dihasilkan oleh Awan!
ReplyDeletePernah masuk kelas penulisan cerpen dan novel dengan novelis terkenal masa umur. Tapi sampai ke hari ini novelnya terbengkalai tak siap2. ha ha ha
ReplyDeletetahniah semua yang terpilih...seronok tu
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!