Syok Beraya Bersama Jiran Di Rumah Mak

Hari Jumaat hari tu cuti umum di Sarawak. Sebelah malam tu kami dan jiran-jiran di rumah mak buat makan-makan hari raya di luar rumah. 3 famili je la terlibat. Aktiviti ni kami dah buat 3 kali raya berturut-turut kot. Saja je lah, time raya cuti panjang sikit, boleh la bersembang di luar rumah sampai 2-3 pagi. Kami anak-anak yang tak duduk di rumah mak limit sampai jam 12 tengah malam je lah. Tak boleh nak balik lambat sangat.

Simple-simple je, masing-masing bawa potluck dan hampar tikar di jalan. Yang warga emas ada lah disediakan meja banquet dan kerusi untuk makan. Kami ni yang masih mampu duduk bersila ni, bersilalah di lantai jalan beralaskan tikar.

Setiap tahun guna carporch rumah jiran di depan rumah mak sebab luas dan terang. Ni wajib sebelum makan kena posing dulu. Mak-mak warga emas takde dalam gambar. Kami pangkat anak-anak je la sibuk posing.


Antara potluck dari 3 hos utama. Antara menunya:

Mee Jawa 
Satay dan kuah kacang
Daging Panggang Masak Hitam
Nasi KFC Homemade
Sup Ayam
Sambal belacan
Ikan kembung masin
Macaroni goreng
Meehoon goreng
Cakoi & bubur 
Kentang Goreng Bersuun
Cinnamon Roll
Kek Lapis
Kek Batik
Air Soda Herbs
Air Karbonat

Macam tak banyak, tapi ada je balance untuk ditapau balik. Saya malas nak masak just beli satay je sebab mak dah order mee jawa. Mee jawa ada satay jadilah mee jawa special. Aktiviti lain, karaoke la. Guna portable speaker dan Ipad pun jadi. Budak-budak main bola, berpeluh-peluh di tengah malam. Oh ya, bagi pempuan pula sempat berpoco-poco jugak. Hahaha. Meriah walaupun 4 keluarga je yang join.
 

Post a Comment

10 Comments

  1. Lebih seronok gini, tak terlalu ramai jadi lebih mudah berbual mesra.

    Kalau namanya potluck, biasanya akan banyak lebih makanan.

    ReplyDelete
  2. Siap ada poco² mmg happening la majlis nya ni ...

    ReplyDelete
  3. meriahnya menu. syok juga makan ramai2. borak2.

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau buat macam ni kan...jiran2 area rumah Kak SA susah nak nampak muka..apatah lagi nak ajak pot luck mcm ni...sesekali la Kak SA buat BBQ dan ajak diorang..itupun payah...

    ReplyDelete
  5. Bestnya jamuan potluck raya depan rumah atas jalan. Ada dulu 1 taman buat jamuan raya potluck depan rumah berkumpul ramai-ramai bentang tikar atas jalan raya. Dapat penghuni taman yang sporting best bila bergather2 camni. Bukan selalu dapat berhimpun ramai-ramai camni. Seronokkkkk

    ReplyDelete
  6. Seronok dan bestnya beraya dengan jiran2 saling bekerjasama macam ni.

    ReplyDelete
  7. Meriah tu.. bagus kejiranan begini. uishh.. poco poco tu yang tak tahan hehe

    ReplyDelete
  8. meriah sgt! the best part of raya pastinya!

    ReplyDelete
  9. Bagusnya Syawal bila dirai begini.. Saling berkumpul, makan beramai-ramai..
    Mengukuhkan ikatan silaturrahim..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!