Balik kerja hari Sabtu, terus ketiduran. Penat ke sana ke sini je. Malamnya kami makan-makan sempena birthday ayahanda tercinta yang ke-70 tahun. Selamat hari lahir bapak. Cucu-cucu pun semua panggil 'bapak'. Memang tak ada langsung sorang cucu yang panggil atok. Hahaha.
Meriah pulak kek SR kali ni, rajin staf SR tu melukis.
Lama tak makan di Topspot, lama giler rasanya sebab tak suka crowded orang ramai. Nasib baik kali ni dah booking awal diorang bagi meja di bawah khemah, ok sikit la takdelah bising sangat.
Macam biasa sekarang dah kena book 2 meja.
Famili kami memang takde budaya bagi hadiah masa birthday, tapi sejak ada adik ipar perempuan ni, memang selalu je ada hadiah masa birthday. Adik lelaki bagi hadiah kat bapak, tapi ada budak photobomb kat belakang. Mak ngah biarkan je la dia tersengeh-sengeh di belakang tu. Ibu yang baru perasan bila tengok semua gambar malam tu pagi ni.
Bapak dan mak bersama cucu-cucu. Seorang pulak di asrama. So kuranglah sorang cucu perempuan.
Anak bapak dan mak pun kurang seorang, missing yang sorang mengajar di Kapit.
Sebelum balik, tak selfie, tak sah, mentang-mentang kakak diorang ni terer selfie. Kikiki.
Ibu ajak Awan bergambar. Alan pun tak puas hati, dia nak jugak. Hahaha. Saja je menyakat. Yang 2 orang lagi tak tau ke mana dah dengan Ayah. Sampai rumah terus tidur, masih tak hilang penat lagi yang siangnya. Hahaha. Faktor umur biasalah kan? Bila dah bangun pagi awal, malam pun kena tidur awal jugak.




11 Comments
Wah seronok dpt berkumpul ramai² celebrate besday ayah kan. Mesti kali ni ayah rs hepi lebih sbb dpt hadiah :p
ReplyDeletealhamdulillah...semoga bapak kakmim sihat2 selalu...
ReplyDeleterajin staf SR mendeko kek tu
Tempat saya SR tak tulis pun atas kek tu. Rajinnya mereka.
ReplyDeleteHepy beday to ayah kakMim. Meriah makan ramai2 macam ni dengan family.
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir buat bapak Mim! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Rajin betul staf Secret Recipe tu melukis atas kek, nampak comel dan meriah sangat
ReplyDeleteHappy birthday bapak. Semoga sihat selalu.
ReplyDeletehappy belated birthday father, semoga sihat selalu.
ReplyDeleteAlhamdulillah semuga ayahanda Mim Allah kurniakan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga. Aamiin. Seronok kan dapat berkumpul ramai-ramai macamni
ReplyDeletesanah helwah to ur father
ReplyDeleteMasih sehat bapak ya kak. Happy belated birthday untuk bapak.. 🎉🎉🎉. Semoga selalu diberkahi dengan kebahagiaan, kesehatan dan rezeki yg cukup
ReplyDeleteHappiest Birthday Bapak, semoga sentiasa sihat.
ReplyDeleteAlaaa.... sedapnya makan kat Topspot tu.
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!