Sekarang ni sejak di rumah baharu, body clock memang on time. 4 pagi dah auto tersedar. Bangun-bangun terus masak nasi. Kalau tak masak lauk untuk bekalan stay back sebelah malamnya, terus je misi untuk masak lauk, sesambil tu masak jugak untuk bekfes dan bekalan waktu rehat pagi. Begitulah rutinnya setiap hari. Yang penting menu-menu untuk dimasak dah ada dan sebelum tidur semua dah keluar dari freezer. Nanti bangun pagi terus masak je. Dan 1 lagi, cili & bawang blend pun kena ready selalu, inilah tips yang paling memudahkan. Nak masak apa saja, semua dah ready, jimat masa.
Jenguk rumah jiran-jiran semua masih sunyi-sepi. Rumah ni je lah siang-malam ketang-ketung masak. Lepas tu rumah lain baru bangun, rumah ni dah sunyi-sepi. Hehehe.
Ayam black pepper untuk bekalan budak-budak yang stayback hari ni. Plan asal nak masak kicap, tapi bukak je petiais nak keluarkan sos tiram tetiba tukar plan nak masak ayam blackpepper. Hihihi.
Korang plan masak apa untuk hari ni?? Malam ni tak tau nak masak apa, paling senang, ikan je lah. Tak lama nak defroze.
5 Comments
nyums sedapnya ayam tu. nampak menyelerakan. saya ni kadang stok bawang kisar pun selalu habis. kadang tu sebelum tidur kupas dulu 3-4 biji supaya mudah nak guna pagi esok sebab stok bawang kisar kehabisan akibat malas kupas.haha
ReplyDeletesy suka beli bawang yg dah siap kupas.. hihi.. kalau x, mmg bercinta jugaklah nk mengupas
Deletesemangat dapur baru kan Mim hehe :)
ReplyDeletememang...masa duduk bersama family..memang stok bawang kisar dan cili blend selalu kena ada.. tak boleh putus lah...
ReplyDeleteWow...4am dh mcm masak menu brsahur =D
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!