Sekarang ni sejak di rumah baharu, body clock memang on time. 4 pagi dah auto tersedar. Bangun-bangun terus masak nasi. Kalau tak masak lauk untuk bekalan stay back sebelah malamnya, terus je misi untuk masak lauk, sesambil tu masak jugak untuk bekfes dan bekalan waktu rehat pagi. Begitulah rutinnya setiap hari. Yang penting menu-menu untuk dimasak dah ada dan sebelum tidur semua dah keluar dari freezer. Nanti bangun pagi terus masak je. Dan 1 lagi, cili & bawang blend pun kena ready selalu, inilah tips yang paling memudahkan. Nak masak apa saja, semua dah ready, jimat masa.
Jenguk rumah jiran-jiran semua masih sunyi-sepi. Rumah ni je lah siang-malam ketang-ketung masak. Lepas tu rumah lain baru bangun, rumah ni dah sunyi-sepi. Hehehe.
Ayam black pepper untuk bekalan budak-budak yang stayback hari ni. Plan asal nak masak kicap, tapi bukak je petiais nak keluarkan sos tiram tetiba tukar plan nak masak ayam blackpepper. Hihihi.
Korang plan masak apa untuk hari ni?? Malam ni tak tau nak masak apa, paling senang, ikan je lah. Tak lama nak defroze.
21 Comments
nyums sedapnya ayam tu. nampak menyelerakan. saya ni kadang stok bawang kisar pun selalu habis. kadang tu sebelum tidur kupas dulu 3-4 biji supaya mudah nak guna pagi esok sebab stok bawang kisar kehabisan akibat malas kupas.haha
ReplyDeletesy suka beli bawang yg dah siap kupas.. hihi.. kalau x, mmg bercinta jugaklah nk mengupas
Deletesemangat dapur baru kan Mim hehe :)
ReplyDeletememang...masa duduk bersama family..memang stok bawang kisar dan cili blend selalu kena ada.. tak boleh putus lah...
ReplyDeleteWow...4am dh mcm masak menu brsahur =D
ReplyDeleteBestnya rumah baru. Ada juga pengalaman duduk rumah baru. walaupun....
ReplyDeleteKat tempat akak pukul 6 dh masuk sekolah kan, jadi kalau bangun kul 4 kira ok lagi tu hehehe... dana pun bangun kul 4 masak
ReplyDeleteAwal sgt tu masuk sekolah 😂😂 sini sekolah mula 7.15 pagi
DeleteSeronok badan dah auto terjaga awal pagi ni. Macam² boleh dibuat time orang lain nyenyak tidur.
ReplyDeletePH masak chicken buttermilk utk dinner, requested by puteri bongsu :D
waktu sy bgn mengadu dan bersahur. daktiga jenis tak bawa bekal, so me time~
ReplyDeleteketinggalan saya ni. tak tahu yang kak mim dh pindah rumah baru. tenang je dapat masak bila semua org tido tak kelam kabut. ingat hari ni nak masak nasi goreng je balik nanti..
ReplyDeleteawalnya mim bangun!! mim masuk tidur pukul berapa yer?
ReplyDeleteselalunya jam 10, paling lambat pun sekarang jam 11... rutin malam berubah sbb skrg #theIMANs dah x pergi kumon, tusyen hanya waktu siang di hujung minggu... so lepas balik kerja dah x keluar rumah dah
DeleteAkak memang set alarm pukul 4 pagi. Kadang belum pukul 4 dah terjaga sendiri. Masalahnya kalau tak kerja eh tersasul lah pulak bangunnya. Boleh tak dengar alarm bunyi.
ReplyDeleteMalam kena plan dah kan menunya kalau tak buntu dipagi hari.
ReplyDeletePlan lain masak lain tu biasa 😁
Rajin nya kakak 👍👍. Saya masak menunggu mood soalnya 😅😅. Yang pasti kalau jam segitu, biasanya hanya muncul di bulan ramadhan mood saya, Utk siapkan sahur. Kalau bulan biasa, wassalam lah saya masak 😂
ReplyDeleteLama tak masak ayam blackpepper,
ReplyDeleteBiasa lah tu plan lain, masak lain... 😍😍
ReplyDeleteAkak nak renovate dapur antara bulan 6 atau bulan 7 nanti...x sabarnyaaaa.....masa tu confirm semangat nak masak nanti...semoga dipermudahkan plan..x leh nak citer lagi...sedang cari tukang nyer ni...
ReplyDeletedapur baru lg syok la memasak...kalo dh rutin biasa bgn awl pg masak tkde masalah...
ReplyDeleteKemas dapur KakMim. Rajin masak pagi2. Best kan rasa jika terbangun sendiri tanpa alarm. Tempat Faa susah nak adjust masa. Kadang winter subuh lambat. Summer pula 3.30am dah start subuh.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!