Mode BDR Semalam

Semalam BDR, bekerja dari rumah. Dan surprisingly... lagi penat daripada kerja di ofis ye. Malam jam 8 dah lepak bilik terus tertidur. Kebetulan mak bagi kari ayam semalam itu yang tak masak, so lepas maghrib semua dah setel.

Sorang-sorang di rumah. Kononnya boleh lah nap dengan selesa ke apa ke. Rupanya tak. Join webinar, buat soalan, upload soalan, online class lagi. Lepas tu cuaca di luar panas, basuh baju, jemur baju. Aduyai, dengan perlu buat pengesahan setiap jam pulak tu. Ada jugak tersasar pengesahan beberapa minit.


Nanti bulan 8 nanti tak tau pulak garis panduan BDR macam mana pulak. Kalau perlu pengesahan setiap 1 jam memang malas lah nak BDR sebenarnya. Penat countdown masa pengesahan je. Pernah jugak try set alarm, pun kekadang ada jugak terbabas. Henfon kena gantung kat leher je kot baru ngan.

Dan ada lagi yang menyedihkan??? Nak nangis dulu 😭

Boleh pulak saya buat daftar pergerakan pada jam 4.30 pm, sepatutnya kena daftar keluar!! So semalam penat buat pengesahan sejam sekali, tapi akhirnya tak daftar keluar!!!! Stressss mak!

 

Post a Comment

10 Comments

  1. Harap BDR dihentikan dan digantikan dengan cara yang lebih praktikal..pekerja yang diakui cemerlang dan tinggi disiplin saja boleh bekerja di rumah...yang lain-lain keja ajak di ofis.

    Sebenarnya mudah jak memantau staff...nanga hasil kerja yang diberik..atau result oriented

    ReplyDelete
  2. Ada kawan yang bekerja kata BDR susah nak pantau staff nya.

    ReplyDelete
  3. Masih ada lagi BDR yaa.. benarlah anak pernah gak BDR, katanya lagi penat dari di opis huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Macam takde apa2 pun BDR ni. Menyusahkan je nak clock in tu.

    ReplyDelete
  5. Kiter sempat buat 2 kali je lepas tu tak ambil bdr sebab semua kerja dlm pc opis.

    ReplyDelete
  6. Aduhai. Kak ipar sy pun stress kalau bdr...=D

    ReplyDelete
  7. Ingatkan wor from home tak stress. Rupanya lagi stress. Semoga Allah mudahkan urusan kakMim.

    ReplyDelete
  8. Lorrrr.. boleh pulak tak tercheck-out.
    Adalah pros & cons nya WFH ni.

    ReplyDelete
  9. penat la yer WFH kalau kena clock in setiap jam...bertabahlah

    ReplyDelete
  10. Wajib kah kak? Atau boleh saja tetap kerja di office? Kalau suami saya di sini tak wajib. Makanya dia prefer tak nak kerja di rumah. Krn memang suasana pun tak mendukung

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!