Awal pagi tadi masa keluar rumah untuk hantar abang dan kakak ke sekolah jerebu lain macam. Macam ada chance nak mencanak naik sampai 200 ni, monolog saya dalam hati. Nasib la hari ni mode BDR.
Temgah hari keluar macam biasa ambik abang balik sekolah. Si kakak stayback sebab masih lagi percubaan ujian bertutur berkumpulan SPM. Sampai saja di rumah, Awan Alan pun dah sampai. Ayah tapaukan mee kampua untuk kami. Ibu memang tak masak walaupun BDR.
Tup tup lepas makan, buka Whatsapp Group, bukak FB, kecoh dah sekolah ditutup hari ni dan esok!
Ah, no wonder. Hari panas semacam, penglihatan kian merosot bila di luar, langit seakan-akan kuning. Mata pun pedih je rasa bila lama di luar. Eloklah sekolah ditutup dulu sampai kualiti udara kembali sihat.
Pagi ni lambat bekfes, jam 10 baru nak bekfes. Kalau di ofis jam 7 pagi dah bukak bekal dah. Bekfes nasi putih dan sambal nyet je nyah.
Sebab ni la bekfes lambat. Sampai rumah jam 7 terus layan kMovie. Malas nak layan kdrama bersiri dulu. Kita layan movie Netflix je lah. Nangis teruk layan movie ni.



6 Comments
PH tengok berita, teruk jerebu di Sarawak kan.. stay safe & take care Kakmim & family
ReplyDeleteJerebu teruk skrg ni ...take care semua...
ReplyDeleteElok juga tu cuti demi keselamatan semua. Boleh dikira brunch terus tu KakMim. Senang simple je janji kenyang. Dapat telur mata tu lagi berselera makan.
ReplyDeleteMZ hari2 dgn updates jerebu kat radio masa otw gi keje..memang masih teruk jerebu kat many places kat sarawak tu..kat gombak ni dh getting better
ReplyDeleteWahh sambal nyet bilis dah dapat.
ReplyDeleteSedih lihat asap tahun ini ðŸ˜. Banyak sekali yg terkena. Berharap sekali hujan bisa turun segera.😢
ReplyDeleteBelum coba sambel nyet bilis ini. Susah sangat nak dapat ☺️. Tak tahulah nanti bisa dapat atau tak , semasa saya ke KL nanti
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!