Chicken Wing vs Thousand Island Salad Dressing?

Minggu ni budak cuti mid sem. 2 tahun ni belakangan ni takwim Politeknik & Kolej Komuniti akan sama cuti dengan KPM. Oklah jugak macam ni, senang nak arrange cuti. Takdelah budak cuti, mak pak tak dapat nak cuti sebab ada kelas. 

Jabatan kami telah menetapkan BDR pada hari Selasa dan Khamis. Tapi saya pula kelas pada hari Selasa so selama ni memang hari Selasa kena kerja macam biasa sebab kelas bersemuka. Kelas hands-on tak dapat nak buat online. Oleh sebab minggu ni cuti mid sem, dapatlah BDR hari ni. Esok kita kerjalah macam biasa.

BDR pun kena masak jugak. Boleh jer order saja tapi tak tau nak order apa. So yang paling senang marinade chicken wing pastu masuk je air fryer. Mudah.

Awal pagi sebelum ''masuk ofis' kita prep dulu ayam untuk dimarinade. Guna apa saja bahan yang ada di rumah. Ada thousand island ni je yang tak bukak lagi, lepas tu mayonis. Hentam je la labu. Sos blackpeper dan honey pun tak ada. Kita ganti je lah dengan kicap manis dan blackpepper powder.

Chicken wing keluar dari freezer dan lalukan dengan air paip mengalir, uish sekejap je dah defrosse. Chicken wing ni saya memang dah siap potong dan bersihkan sebelum masuk freezer.

Kemudian letak je lah sos tiram, sos salad, kicap manis, serbuk lada hitam, oregano leaves, dan lupa takde dalam gambar saya letak serbuk perasa Tumix jugak. Saya tak ada sukatan, main tuang je ikut instict. Hihi.

Dah siap gaul rata masuk dalam peti sejuk sejam 2.

Rasa perut dah bagi signal lapar tu, masuk je lah dalam AF selama 30 minit.

Dah siap! Cicah dengan sos peri peri Nandos. Nasi pulak saya masuk stok ayam 2 kiub, sedikit butter, serai dititik dan sedikit garam. Saya masuk setengah sudu kecil pati oren Sunquick supaya nasi ada efek warna kuning sikit, tak adalah pucat sangat. Walaupun resepi hentam keromo rasanya sedap gais! 

Tadaa! Bahan-bahan nasik pun tikam-tikam masuk rice cooker je, tak ada tumis-tumis bahan. Haha. Masak style tikam-tikam kata orang Sarawak. Muahahaha.





 

Post a Comment

5 Comments

  1. Uncle tak boleh makan sos tiram... gatal

    ReplyDelete
  2. mudah dan nampak elok betul... nak try jugak lah

    ReplyDelete
  3. Tikam-tikam maksudnya campak-campak ya Mim? 😀

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak.nyumss

    bab politeknik cuti sama ngan budak sekolah tu kami suka. dik ad dengan adik adik dia cuti sama, mudah nak plan kalau nak cuti mana mana

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!