Graduasi Tingkatan 5 Batch 09


Pejam celik, pejam celik, tahun ini tahun terakhir kakak Iman di bangku sekolah menengah. Bulan 10 ni memang bulan graduasi budak-budak tingkatan 5 batch 09. Sana sini tengok story kawan-kawan dengan cerita graduasi anak-anak form 5.


Sekolah Iman rasanya yang buat graduasi paling awal, 1 Oktober lagi dah buat graduasi. Tapi lepas tu makin sibuk pulak dengan bengkel-bengkel SPM. Mesti cikgu nak setel awal sebab nak fokus dengan persediaan SPM.

Uniknya perasmi untuk majlis graduasi disempurnakan oleh alumni Kolej, suami isteri alumni. Dan Iman pun terinspirasi katanya mendengar amanat dari Datuk Komisioner. Biasalah batch-batch sezaman kami (alumni ni senior saya 2 tahun, wifenya senior saya setahun) pastinya akan bercerita topik yang sama, kolam dan dinosaur! Haha! Memang legend. Kolam tu mula 'dikorek' pelajar asrama pada tahun 1996 dulu dan sekarang tahun 2026, kami alumni masih bangga bercerita pasal kolam yang sama! Legend tak legend. 

Iman dan BFF bergambar berlatar belakangkan blok kelas dan makmal, sama je dari dulu sampai sekarang. 

Tahniah anak, semoga dipermudah untuk SPM kelak. Minggu depan dah UBBM. Macam tak ready pulak nak melepaskan satu-satunya anak dara ke IPT tahun depan.

Lepas majlis di sekolah, ada pulak photoshoot di luar budak-budak ni. Dah macam orang konvo di U pulak dah. Parents pun layan je. Semua kelas buat outdoor photoshoot di lokasi yang berbeza.

Begitulah. Zaman berubah kan? Dulu zaman ibu ayah tak ada pulak majlis graduasi macam ni bila habis tingkatan 5. Dulu tak masuk U tak adalah merasa pakai jubah.

Budak-budak sekarang dari tamat tadika, tamat sekolah rendah, taman sekolah menengah semuanya ambil sijil pakai jubah. Hmm..

Tak adalah cemburu, tapi bertuah jadi budak-budak zaman sekarang.

MimSphere | www.kakmim.com

Singgah, Baca, Komen










 

Post a Comment

13 Comments

  1. Wow semuga berjaya kakak iman hadapi spm. Wah legend tu budak kolej korek kolam. Citer le mim legend alumni kolej tu.
    Betul tu Dolu2 takde me rasa ni semua. Tapi alhamdulillah syukur jadi orang juga. Opss

    ReplyDelete
  2. Tak lama jerr lagi kann.. moga terus tenang menghadapi SPM nanti..

    ReplyDelete
  3. Dulu hujung tahun zaman saya buat potluck je makan - makan. Good Luck Iman untuk SPM.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selesai satu majlis. Boleh fokus utk SPM. All the best ye kakak!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selesai, Auni pun dah sudah majlis ni. tgh pulun bengkel sana-sini-situ.
    eh, siyes kakmim takde majlis graduasi form 5? sy masih ingat, sy ada majlis tu. dpt bergambar dgn crush~ ahahahaaa.

    ReplyDelete
  6. Teringat dinner anakanda dulu. Saya pun dijemput. Jadi mata2 sekolah....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dinner nnt diorang plan lepas abis spm bln 12 nnt, dah ada tema dah tu

      Delete
  7. waaah dah dekat spm yaaaa... semoga iman dipermudah segala pembelajarannya sehingga bisa lanjut ke university terbaik yaaa

    hahahahahha yaaa kaaan kak... ternyata di sana pun samaaa ya... tamat tadika pun ada pesta kelulusan hahahaha.. di sini juga... macam tak penting memang.. tapi saya serahkan semua ke anak dan sekolah saja.. kita tinggal bayar biaya yang diperlukan

    ReplyDelete
  8. Bagus gak setel awal graduasi tu, lepas ni boleh tumpu persediaan SPM pulak. ehhh.. akak pulak berdebar mengenangkan tahun depan wafi pulak.

    ReplyDelete
  9. Zaman dulu takde pun berjubah gini kan. Sekarang ni siap macam pelajar U dah.

    ReplyDelete
  10. all the best utk anak2 kita semua yg akan hadapi spm

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!