Follow Us @soratemplates

29/04/2010

28/04/2010

Ketakpuasan Hati

April 28, 2010 3 Komen
Dalam hati tok nang rasa sik puas lah, geram, tapi sik tauk sine gik nak mengadu. Mun urang lain boleh berkira bila diassign dengan sigek-sigek keja, kenak sik aku? Aku pun nak berkira juak lah! Walaupun aircond sejok nak mampus dalam bilit aku tok, hati tetap ada panas woo. Mun dapat tukar department suka ati, mok jak aku nak mintak tranfer. Dah sik best suasana keja di sitok. Huh.


post signature

25/04/2010

Lazititis

April 25, 2010 2 Komen
Kadang-kadang idea banyak tapi utak malas nak nyusun ayat, makanya sekda entri baru yang dapat diupdate. Kerja banyak, tapi malas lah nak mikir semua.

Sindrom lamak berulang kembali. Oh, please.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sila baca INI, INI dan INI, mun rajin lah. Makseh.


post signature

20/04/2010

Ceria

April 20, 2010 8 Komen
Yuhuuuu...! Sekarang saya berblogging dari lab, ganti member yang ada function kat luar, so masuk kelas die untuk amali kemahiran mendengar. Syok jugak subjek ni. Now tengah on ceramah motivasi Dr Fadzillah Kamsah yang bertajuk 'Ceria', budak-budak plak tengah catatkan isi-isi penting daripada ceramah tu. Sesambil tu saya pun turut mendengar.

Kata Dr Fadzillah Kamsah, kalo nak ceria kena pakai baju-baju yang berwarna ceria. Hari ni saya pakai baju merah. My favourite colour. Memang ceria pun sebab Firaun takde pagi ni. Hihihi. Kalo nak ceria dan penuh kasih sayang, pakai baju warna biru muda, nak ceria dan nampak matang, pakai warna coklat. Hmm... tu jer yang saya sempat ingat. Nampaknya saya pun kena ambik isi-isi penting petua-petua untuk ceria ni dari mula lagi.

Kalo stress, peluk baby, cium baby. Yeay! Sebab tu kalo balik kerja tak sabar nak peluk Iman Madihah. Memang hilang stress. Lupa semua masalah. Kalo ada haiwan kesayangan, pun peluk. Hilang segala kemurungan. Ada orang yang bela kala jengking sebagai haiwan kesayangan, tapi kalo dah binatang tu yang buat dia ceria, why not? Janji ceria.

Orang yang ceria akan memotivatekan dirinya untuk ceria. Kenapa memilih untuk bermurung sedangkan kita boleh memilih untuk ceria. Kita dah diberi pilihan. So pilih la. Pilih untuk ceria. Ya. Malas la nak pikirkan sangat masalah kerja pasni. Sebab orang yang murung akan terus-terusan akan bermurung. Suka berdendam, bersangka buruk, berfikiran negatif, bla bla bla.. semua-semua yang negatif lah.

Kita tak perlu menang all the time untuk ceria. Kekadang kita perlu berada di bawah, yakni kalah. Orang yang tinggi sangat semangat daya saingnya selalunya tidak selalu ceria. Ye la, bila kalah sikit, terus down, masam muka, murung, takleh menerima kenyataan. Tak salah kan sekali-sekala kita mengalah untuk lebih ceria kan? Biar bersederhana, jangan terlalu angkuh ego diri. Itu amalan syaitan.

Tu jer lah petua-petua yang berngiang-ngiang di telinga saya ni. Tapi pemilihan warna untuk ke tempat kerja tu memang penting. Sebab tu lah saya pantang pakai baju merah atau oren ke tempat kerja pada hari Isnin. Merah tu. Panassss. Hehehe.

Makanya, pilihlah untuk CERIA hari ini jugak!

Gambar hiasan semata-mata, takde kaitan dengan entri. Gambar diambil di Laman Padi Langkawi masa honeymoon pregnant Iman 2 minggu. Memang ceria lah masa ni. Hehehe. Rasanya kali ke-2 upload pic ni di sini sebab ni antara my fav pic. Suka tengok padi yang menghijau walaupun tengah panas terik masa tu.


post signature

19/04/2010

Minggu Yang Baru

April 19, 2010 3 Komen
Setelah seminggu bercuti, ari nih aku kembali menjalankan rutin 8 to 5 seperti biasa. Hari ni memang tak prepare langsung nak mengajar, prepare mental nak kena marah dengan Firaun jer. Dan seperti yang disangka, tetiba Firaun nak buat meeting JK Induk untuk konvo. Menjawab ler aku. Karena cuti, banyak gak kerja tak setel, aku dah bagi-bagikan tugas dengan AJK under aku, takkan aku nak buat semua kot. Aku dah buat part aku, aku dah korbankan cuti aku sehari. Bak kata Wonderpets, apa yang penting, KERJASAMA. Sib baik aku dapat AJK yang ok, mestilah ok, aku sendiri yang pilih pun. Hehehe.

Masalah yang paling besar, fishtail untuk publisiti takleh digantung minggu ni. Terketar-ketar gak aku nak menjawab dalam meeting. Semuanya kerana MSAM minggu ni. Matilah aku kalo besok pun DBKU tak bagi respon. Camne aku nak emnjawab Firaun, printing company lagi dah sebok nak print. Ha, tu lah ko Firaun, wat kerja last minit, apa ko ingat kami ni 'robert' ke? (FYI, Firaun pronounce robot as ROBERT. Ntah ape-ape lah dapat bos ego mamcam tu. Dah bape kali ditegur pun amsih takmo mengakui kesilapan)

Ok, stop. Sok plak pikir sal kerja. Sedari aku balik kerja kol 6 suku tadi, aku tak  dapat nak peluk cium Iman lagi sebab Iman dah masuk dalam buai dia. Awal lak anak Ibu ni tido ari ni. Iman ni kalo pas mandi, kenyang minum susu, mesti tido. Pastu nanti kalo hari tak bertukar tarikh, die tak tido. Kol 12 ke atas tu memang mainan die, takdenya nak tido awal.

Seperti biasa, every weekend bawak Iman jenjalan. Biarpun kat area Kuching jer, janji bawak die keluar dari rumah dan itu dah cukup membuatkan Iman Madihah happy. Suka sangat die bawak jenjalan. Hmm...

Ibu dan Iman

Ayah dan Iman.

 Ayah, Iman dan Ibu.

Semalam Ayah dan Ibu bawak Iman menghirup udara segar di Tebingan Sungai BGS (Boyan, Gersik, Surabaya). Sampai tertido-tido Iman dibuatnya. Ye la ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Tak sabar nak tunggu weekend ni plak. Nak ke mana pulak ye?


post signature

16/04/2010

Jiwa Kacau

April 16, 2010 0 Komen
Tajuk gempaq eh. Jiwa kacau. Kenak? Sapa yang ngaco? Hmmm...

Kitak orang ada fesbuk? - Ada? 

Ada blog? - Ada yang ada, ada yang sik da.

Tauk apa perbezaan fesbuk ngan blog? - Tauk? Sik tauk?  Malas nak ambik tauk.

Kitak orang pernah jiwa kacau? - Pernah? Sik pernah? Ngaco jiwang urang jak pernah?

Dolok kazen ku pernah ngepak aku, tegal aku salu tension-tension dengan environment di opis. Gine nya tauk? Dari status fesbuk. Yup. Nang aku salu update status fesbuk ku bila sik puas ati dengan jajahan Firaun di opis. Fedap aih. Sikda tempat melepas geram, fesbuk lah jadi mangsa. Ooo tedah fesbuk.

Kekadang aku takut juak nak jadi terlalu open dan laser di fesbuk. Sik tauk lah kenak tapi dalam blog aku rasa bebas. Yeah, aku merdeka di blog. Aku rasa best sebab urang sik tauk sapa Firaun ya, maybe certain urang tauk tapi rami yang sik tauk.

Sapa Firaun oh? Yahh. Malas ku nak madah. Dah namanya Firaun mestilah olah nya cam Firaun juak. Berangan nak jadi Tuhan. Adoh heh. Ada ati nya lok nak menentukan hidup urang. Nak menentukan bila kita patut beranak, bila kita nak confirm kerja, sampei bila nak dihold confirmation kita, bla bla bla lah. Semua nya yang mesti menentukan. Eh, layak kah nya?

Kinek tok, semua staf especially yang direct salu berurusan dengan si Firaun dah makin memberontak. Dalam fesbuk jak. Di luar masih belom ada kekuatan. Sampei ke ari tok, aku terbaca komen dari staf kolej lain, sidak perasan yang staf mek orang sedang tenat dan kritikal, semakin teruk kali luahan hati dan jiwa di fesbuk. Mungkin status macam merana, menderita. Adoh, nang kesian mek orang. Sik sanggup agik dah rasanya di sia. Kerja dah semakin merudum kerana nya. Nang sikda gik motivation, coma keji, caci dan maki-hamun. Kerja dah rasa macam makan gaji butak. Tunggu 25hb cucuk duit. Ya jak tujuan kerja. Sikda gik kepuasan. Sikda gik keseronokan. Ah! Kenak nya semakin menggila?


Jiwa kacau, di opis jak. Di rumah, bahagia. Kan bagus mun selama-lamanya cuti camtok tapi cuti pun mikir kerja juak. Mun sik mikir terimak lah maki-hamun dan sumpahan si Firaun kelak.

Sampei bila Firaun akan berkuasa? Esok? Lusak? Minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? Tupei oh tupei. Bila gik kawu nak gugok?

Sapa yang berani ke depan nerengak ENOUGH depan Firaun kelak? Sapa? Kenak sik ada yang berani? Kenak aku sik berani? Kenak kita sik bersatu? Kenak kita sik bersatu menjatuhkannya? Kenak? Kenak? Kenak?

Sampei bila kita harus menahan semua rasa tok? 

Coba. Coba carik jalan supaya kita semua dapat keluar dari cengkaman Firaun. Kita? Sapa nak dengar luahan hati aku tok? Ergh.. Kita sepatutnya bersatu. Lemah nyawa ku nak madah last word ku ya tek.

Tauk apa perbezaan blog ngan fesbuk tek? Dalam fesbuk aku terpaksa kontrol word sikit. Dalam tok, sukati aku lah. Hahahaha... aku empun blog bah!



post signature