Pengalaman Naik ETS Dari Ipoh ke KL Sentral

Semasa kami menghadiri jemputan walimatul urus di Bagan Serai hari tu, plannya nak ajak semua jalan-jalan di Penang. Alang-alang dah dekat dah kan? Tapi mak tak nak pulak, dia nak shopping raya di KL. Ok jugaklah dapat terus beli baju melayu Abang, Awan dan Alan di Bangi. Senang sikit dapat terus fitting. Kalau online ada risiko sikit nak beli sebab diorang ni bukannya size standard, semuanya cekenit je badannya. Haha. 

So... saya carilah alternatif lain, yang baru dan menyeronokkan untuk ke KL. Yang paling tak pernah, semua tak pernah ni, naik ETS (Electric Train Service). Ditekankan sekali lagi, semuanya tak ada pengalaman naik ETS. Semuanya sakai. Saya dan adik bongsu, Iqah pun surveylah macam mana nak naik ETS ni. Macam mana survey? Pergilah layari laman web KTMB dan sebagai seorang blogger saya google dan bacalah pengalaman blogger lain yang ada share tips nak naik ETS. Zaman now ni mudah je, semuanya di hujung jari, janji ada line internet je semuanya jawapan dah tersedia kan?

Mula-mula survey harga dan destinasi dulu. Dah confirm bila nak bergerak dari Bagan Serai ke Ipoh barulah carik masa tren yang sesuai pulak. Nak naik ETS ni memang kena plan awal, saya dah booking siap-siap tiket ETS ni bulan 1 lagi. Kalau last minute, saudara mak cakap nanti sold out. Tapi bila dah setel awal, senang hati la.

Bila semua plan itenary dah confirm, nak beli tiket ETS ni kita kena register dulu akaun di laman web KTMB. Apa susah, registerlah kan, macam kita beli tiket flight jugak, mestilah kena ada akaun di laman web Air Asia atau MAS.

Beli tiket ETS ni memang macam beli tiket flight. Sebijik. Sebab tu kita kena register akaun, semua penumpang pun kena ada no mycard/mykid. So dari mycard ni lah sistem akan detect kita ni rate dewasa ke kanak-kanak ke atau warga emas. Kalau tiket flight kita kena beli seat, yang hot seat lagilah mahal kan? Seat ETS tak kena bayar pun, kita pilih je seat mana kita nak, kita juga boleh tau di sebelah kita lelaki ke perempuan, nak menghadap ke depan atau belakang, semua kita pilih sendiri, tapi itulah yang nak kena awal. Kalau last minute memang takde pilihanlah. Tambahan lagi kalau kita pergi dalam grup yang besar, mesti taknak berpisah. Mesti nak duduk bersebelahan semuanya.


Yang A, B, C, D, E, F tu semua ialah gerabak. Nak pilih gerabak mana pun boleh je. Best kan? Memang sakai habis, baru beli tiket ETS. Belum naik lagi. Hahaha!

ETS ni ada Business Class seat di Koc A. So kalau korang nak naik Business Class tak perlu risau arah seat, boleh pilih mana-mana seat, semua akan mengadap ke depan, sebab seat di business class ni boleh dipusingkan mengikut arah perjalanan train. Korang boleh juga tengok seat yang telah dibeli oleh orang lain tu lelaki atau perempuan, so senang lah kalau korang taknak duduk seat sebelah berlainan jantina. Contohnya kalau semua seat dah penuh, dan tinggal seat 10C saja yang available, then korang boleh tau sebelah korang nanti (seat 10B) tu adalah seorang perempuan. Sebabnya ada tulisan kecil F di seat tu. kalau dia tulis M maka seat tu adalah lelaki. Tapi mengikut pengalaman kami duduk di business class, seat business class ETS sangat besar dan selesa, kalau duduk sebelah berlainan jantina pun takda masalah sebab ruang masing² dah cukup luas.

Perenggan ini dikreditkan kepada lensakami.com

Selesai membeli tiket, (oh ya, saya beli sekali dengan insuran jugak), bila dah dekat tarikh perjalanan tu, print je itenary tiket, sama macam flight jugaklah. Saya jarang nak guna e-ticket kalau jalan ramai-ramai ni, susah. Baik saya print siap-siap, senang nanti nak check in. Kalau sorang-sorang takpe jugak, tunjuk je handphone. Tapi dah peel saya, memang suka print hardcopy, takut nanti handphone habis bateri ke, powerbank lupak bawak ke, better ada hardcopy.

Cerita di hari perjalanan


Selepas kami ke Kellie's Castle, Gua Kek Look Tongronda-ronda bandaraya Ipoh, bas pun menurunkan kami di stesen keretapi Ipoh. Sebab masa dah terlalu suntuk, kami tak sempat pun nak bergambar di luar stesen. Selfie secara pantas je, masa ni mana reti ber0.5 bagai. Hahaha. Mana yang sempat je lah. Time ni jugaklah Alan terkencing dalam seluar. Alahailah anak. Dia dah tak tahan katanya. Nasib baik tren tak sampai lagi, sempatlah nak bertukar seluar bagai.

Selfie versi rushing.

Selamat dah masuk tren. Masa ni orang tak ramai lagi. Biasalah bila tak biasa, mestilah tak nak rushing. Biarlah kami yang masuk dalam tren dulu.

Saya, adik-adik dan mak bapak.

Tren kami bergerak dari Ipoh 6.35 petang dan sampai di KL Sentral pada jam 9.15 malam. Rupanya dalam tren kena pakai facemask. Kami slumber jer tak pakai mask pada mulanya tapi memang ada jer stand by. Bila staf KTM check penumpang barulah semua kami pakai mask.


Saya tak dapat tidur pun sepanjang perjalanan. Ayah dan #theIMANs lelaki siap lepak di cafe lagi. Saya malas nak jalan-jalan. Gara-gara saya on air drop sekejap sebab nak terima gambar dari adik, ada makhluk asing ambil kesempatan hantar gambar tak senonoh kat handphone saya. Lepas tu saya terus disable air drop. Benci bila teringat hal ni. Eei.. tak sanggup nak tengok penumpang lain dalam gerabak tu. Sapa-sapa je yang hantar tu memang gila XXX. Argh, geram pulak.

Akhirnya kami sampai di KL Sentral dan dari KL Sentral naik pulak MRT ke Bukit Bintang. MRT pun first time jugak, hahaha. Nasiblah adik bongsu si Iqah tau sebab dia pernah 1 semester di UITM Shah Alam. Selama pandemik kelas online dan final sem je baru masuk kampus. At least dia dia tau selok-belok KL selepas Covid. Bayangkanlah kami semua ni 3 tahun dah tak jejak KL sejak 2019 lagi.

#theIMANs cakap, MRT ni sejuk dan laju. Hahaha.

Selepas tu dah confident dah naik turun MRT chewahh. Sebab bila stay di Bukit Bintang memang kena naik MRT je lah. Sebab tu lah kalau MRT Bukit Bintang - Putrajaya siap awal hari tu confirm kami terus naik MRT je ke Putrajaya. Hari-hari terakhir kami di KL kami stay di Bangi dan sewa kereta ex-housemate Encik Suami di Putrajaya. Begitulah kisahnya pengalaman kami sekeluarga. Dari naik ETS sampailah naik MRT. Hahaha.



 

15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tahniah. Kmk pun lom merasa naik ETS ya hehe. Dari stesen keretapi Ipoh, giney kitak org jalan2 sekitar Ipoh kakmim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah kelak pegi padang besar embak sidak miak raon... kmk org ari ya sewa bas pesiaran dr bagan serai ke ipoh... hehehe... dlm bas semua family member

      Delete
  2. Wah, terror la Mim.. akak pun tak pandai tau. Beli tiket pun tak pernah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah kak bawak PI balik kedah naik ets.. boleh rilek tdo dlm tren 😂

      Delete
  3. saya stay kl pon x lepas lagi naik ets, xde destinasi nk pergi..tapi mgkin boleh teroka lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi jln jauh sikit.. penang ke.. padang besar ke.. bila lg nk merasa kan

      Delete
  4. SA pernah naik ETS pi Butterworth, bawak Pak Zain dan Mak Pah and Dania...masa tu adik bongsu keguguran kat sana..dia masa tu kerja kat LKIM Penang

    ReplyDelete
  5. Ramai juga rombongan yg berangkat kak...di sinipun kalau naik kereta tetap pakai masker..apalgi jarak jauh..buka masker hanya saat makan saja

    ReplyDelete
  6. best kan naik ETS? Terasa smooth je perjalanan. alhamdulillah sy dah merasa 2x naik ke ipoh jg. ms mula2 tu siap walk in lg beli tiket sbb x konfiden punya psl😂

    ReplyDelete
  7. Wahhhh... salute lah kakmim. Pantas belajar.
    Akak masih tak study cara beli tiket ETS ni. Urusan beli tiket ETS @ flight asben uruskan.. malas nak fikir hahhaha...
    Akak cuma register easybook je untuk belikan tiket bas Rahimi.

    ReplyDelete
  8. Cuti sekolah nanti, saya nak naik ETS bawa family (pertama kali ni)... Alhamdulillah, tiket dah beli. Terima kasih berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa log in hari tu mcm ada harga promo kan skrg?

      Delete
    2. Alhamdulillah, saya dapat harga promo 😁

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form