Rombongan Ke Kellie's Castle

Baru nak kayuh cerita ke Perak hari tu.
Kami stay 2 malam saja di Bagan Serai (malam Sabtu dan malam Ahad)
Awal pagi Ahad kami dah gerak ke Ipoh.

Sebelum tu sempat jugak kami adik-beradik dengan mak ambik gambar depan homestay.

On the way ke Ipoh kami dijadualkan akan singgah di Kellie's Castle.
Awal lagi dah tuan rumah siapkan itenary perjalanan kami sehari ke Ipoh.
Sebelum terus ke Ipoh, kami singgah sebentar breakfast di Hentian Sebelah Bukit Gantang.

Bila ahli rombongan ramai, kami dihadkan masa setengah jam je untuk makan.
So makan saja apa yang ready.
Apa lagi capailah nasik lemak, fuh lama makan nasi lemak kat melaya, feelnya lain, sedap!
Dengan sambal paru lagi.
Makan rushing memang tak dan nak ambik gambar makanan.
Janji nak isi perut cepat je.
Dah setel makan baru rasa lega nak bergambar.


Kellie's Castle
Akhirnya sampai juga kami di Kellie's Castle.
First time untuk kami semua tapi 2nd time untuk mak.
Mak pernah ke sini semasa pegi lawatan dengan rombongan ofis masa dia masih bekerja dulu.


Bayaran Masuk ke Kellie's Castle
Ini bayaran untuk masuk ke Kellie's Castle.
Memang rezeki kami sebab tuan rumah telah spons kami semua tiket masuk ke sini.
Macam biasalah sebelum masuk tu mesti ada sesi fotografi.
Tapi kami yang 1 rombongan bas ni tak ambik gambar pun, main masuk je.

Semua first timer, orang tua kata kena culit tanah ke dahi, eh. Pernah dengar tak tips tu?

Dari jauh dah nampak Kellie's Castle yang tersergam indah, yang 2 orang lagi tu adik-adik saya.

Kellie's Castle
Cuaca panas, tangkap mana yang sempat je kat depan area Kellie's Castle sebelum naik ke rumah agamnya.

Kellie's Castle
Inilah dia rumah agam Mr Kellie.

Kellie's Castle
Pernah terbaca kisah-kisah mistik pengunjung ke sini, tapi saya lupakan saja. Just nak enjoy sajalah tengok peninggalan sejarah.

Cuaca baik, panas, memang ramai pengunjung di situ hari tu.

Kellie's Castle
Setelah penat mendaki tangga, mereka nak bergambar dengan bendera negeri Perak Darul Ridzuan katanya.

Gayat jugaklah atas ni, tak naik terasa rugi pulak.


Saja ambil view jalan higway di bawah sana. Alan tu memang, macam-macam posenya.

One for memories.

Tengoklah Alan. Hmm..

Tangga kat sini taklah besar sangat, kena gilir-gilir bagi way kat 'lane' sebelah.

Memang banyak bilik dan tangga rahsia kat sini.

Di salah satu ruang bilik di Kellie's Castle.

Ibu dan anak dara.

#theIMANs

#imanfamilia

Gayat.. tak boleh nak tenung lama.

Ibu dan Ayah #theIMANs

#theIMANs lagi

Let's go, kata Alan.

Eh, eh kenapa ni?

Kami... ahli rombongan ke Kellie's Castle

Budak-budak semua kat belakang ya.

Suka la tu bila ada handphone, 1 pun tak apa boleh share-share.

Overall... best jalan ramai-ramai macam ni. Melawat tempat bersejarah macam ni pun best. Sambil cuci mata sambil belajar sejarah. Orang Perak dah ke sini ke belum? 

 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Best nya rombongan naik bas.
    Hamboiii.. sampai atas bumbung naik dan bergambar. #theIMANs siap melompat lagi!
    Akak pernah sampai rasa 3 kali tapi tak pernah naik sampai bumbung atas sekali sebab gayat.

    ReplyDelete
  2. Orang Seremban pun x sapai lagi...lalu je pernah tapi tak singgah

    ReplyDelete
  3. kita pun x start lagi citer gi Perak aritu hahaha... btw dasat satu bas rombongan nya tu hehe

    ReplyDelete
  4. seronoknya naik bas...bukan budak2 je suka ni acik pun suka dh lama tak naik bas.
    Kellie penjajah yg kaya raya meneroka tanah jajahan

    ReplyDelete
  5. Kmk pun lom sampai sitok agik hihi. Ipoh pun lom diagak agik.

    ReplyDelete
  6. Saya pernah sampai sekali, itu pun, sebab ada event run diadakan di situ. Tak pernah dengar tips for first-timer tu. Hehe.. wah... rombongan cik kiah ke Kellies Castle.

    ReplyDelete
  7. Aduh. Saya belum berkesempatan sampai di sana.

    ReplyDelete
  8. saya orang Perak & 3 kali sudah jejak ke sana hehe.
    anak dara akak ke tu? cantiknya mcm mak dia hehe

    ReplyDelete
  9. lawo gambar semua, tapi panas teriknya

    ReplyDelete
  10. Saya belum sampai sini.
    Hahahaa... emak asal Perak, tapi anak belum sempat ronda seluruh Perak.

    ReplyDelete
  11. Halo Mbak...atau apa ya saya harus memanggil? Kakmim?

    Baru pertama kali saya berkunjung ke blog Kakmim ini. Salam kenal dari saya di Sukabumi, West Java.

    Castle Kellie itu semacam castle dengan historis masa lalu ya? Terlihat dari foto-foto kalau tempatnya indah dan agung. Senang jalan-jalan ke tempat yang mengandung makna historis, bisa mengenang sejarah masa lalu juga.

    Salam persahabatan dari saya,

    ReplyDelete
  12. dah berapa kali ke perak or utara x penah lg singgah sini sbb selalu guna highway or naik tren. insya allah lps ni kot😁

    dlm panas2 lit lit tu pun sempat posing bagai ya👍👍👍

    ReplyDelete
  13. Sha ini.. lalu je depan Kellies Castle tu kakmim.. tah berapa kali dok ulang depan dia tak perna berjaya lagi menyinggah.. hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form