Fungsi Almanac

Hallo gais!
Entri pertama untuk bulan April.
Bulan Mac 2023 saya hanya mampu menghasilkan 23 entri sahaja.


Last entri saya pada 31 Mac 2023 saya ada mention saya cuti kerana sakit badan dan sakit dada.
Alhamdulillah, cuti rehat sehari dah ok, mungkin kurang rehat tak cukup tidur agaknya.
Terima kasih kepada semua yang menitipkan doa kesembuhan buat saya.
Semoga semua kebaikan sahabat semua berbalik kepada semua yang telah mendoakan saya.


fungsi almanac
Ini adalah helaian bulan ke -3 almanac di workstation saya.
Saya memang suka conteng-conteng macam tu.
Pernah juga guna apps untuk buat reminder di handphone tapi tak rasa thrill.
Mungkin sebab memang sejak mula kerja dulu suka conteng-conteng macam ni.
Walaupun contengan tak penuh tapi saya rasa busy jugaklah bulan Mac hari tu.
Walaupun perasan busy, tapi masa budak cuti mid sem hari tu rancak jugaklah saya update entri.
Masa cuti bolehlah santai sikit depan pc.


fungsi almanac
Helaian untuk bulan April.
Agak rileks sebenarnya kerana bulan puasa kan?
Tapi di rumah tidak rileks ya tuan-tuan dan puan-puan.
Selalunya kalau bulan lain,
ada je masa sebelum tidur baring-baring ketek-ketek taip entri di handphone.
Tapi tidak di bulan puasa.

Iya.. begitulah saya yang suka main conteng-conteng almanac.
Jumaat ni kami di Sarawak cuti umum, Good Friday ( 7 April).
Sabtu pulak 17 Ramadhan (Nuzul Al-Quran).
Ahadnya pulak Easter Sunday.

Bah, sebab ni la saya suka almanac ni senang nak tengok bila cuti umum tak kiralah untuk muslim ke non muslim ke, semua ada.


So weekend yang panjang minggu ni, 3 hari.
Lepas tu sekolah Awan dan Alan pun cuti peristiwa untuk Easter Monday.
Seronok Awan cuti panjang 4 hari.
Hehehe.


Mode layan lagu 90-an, lama tak dengar All The Love In The World (The Corrs)



 

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. ramai juga yg sakit demam. mungkin cuaca juga salah satu faktor. moga kak mim sihat-sihat hendaknya aminnnnn

    ReplyDelete
  2. syoknya ada cuti umum bulan puasa,kami Kuantan tak ada cuti bln ni kalau dulu cuti nuzul alquran jatuh hari bekerja dapat juga cuti rehat bln puasa

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. banyaknya cuti di sana, syiokk ar.
    Nuzul Al-Quran jatuh pada hari Sabtu, jadi cuti macam biasa. Akak pulak dah book untuk service kereta pada hari tersebut.

    ReplyDelete
  4. banyak cuti ye.. cuti Nuzul Al Quran jatuh hari Sabtu, cadangnya nak pi Pasar besar lepas tu nak pi cari baju raya...

    ReplyDelete
  5. Wah, banyak cuti ye, sana. Penting juga, conteng-conteng di almanac, takut tak tulis kang, boleh lupa perkara penting.

    ReplyDelete
  6. Kikiki.. part cuti tu memang setuju sangat dengan kakmim.. tu tujuan utama almanac tu.. hehehe

    ReplyDelete
  7. syok nyaaa cuti panjang...conteng2 tu utk bagi kelegaan diri sendiri... kosong je x syok jg kan😀

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form