Follow Us @soratemplates

19/11/2020

Terkaitnya Kita Telah Mendarat Di Kuching!

November 19, 2020 5 Komen




Terima kasih Syaz. Terkaitnya Kita dah selamat landing di Kuching, Sarawak. Tahniah tau di atas kelahiran karya sulung Syaz!! Happy for you. Semoga dimurahkan idea untuk terus berkarya.

Kakmim pun ada grab sebuah lagi Terkaitnya Kita untuk dihadiahkan kepada colleague yang juga seorang penulis. Tak sabarnya nak tunggu buku tu sampai sebab Kakmim pos kat alamat ofis. Saja nak buat surprise. Hehehe. Nak say thanks kat dia sebab selalu bagi semangat untuk Kakmim menulis walaupun Kakmim bukannya reti sangat pun. Sekadar menaip kat blog ni boleh la. Yang karya yang bakal publish tu pun belum ada bunyi lagi ni. Hehehe.

Semoga malam ni Kakmim boleh tidur awal lah ye. Seram jugak ni dapat buku ni takut tak dapat tidur sebab nak khatamkan malam ni jugak.

Oops, siapa ada perangai macam ni boleh la kita geng. Hihihi. Orang Sarawak cakap, kejeron! Tak menyabau, kata orang Melaka.

Ismat.. Akalili.. Khalis. Familiar tak nama ni? Hihihi.


17/11/2020

Sehangat Asmara

November 17, 2020 6 Komen

 


Ahad lepas secara tak sengaja saya tertengok kat IG RR tentang telemovie Sehangat Asmara ni. Auwch! Memang KLMJ sangat lah. Mantap la lakonan RR dan AP dalam ceta ni, layan habis! cerita ni tayangan pada 2013 yang lalu tau. 7 tahun yang lampau gais! Sehangat Asmara ni ialah adaptasi daripada novel Sehangat Asmara tulisan Aisya Sofea. Petang Ahad tu terus layan kat Youtube sampai episod 5. Memang satu habuk pun tak buat bila layan drama. Hmmm....

Lepas tu terlupa sekejap cerita ni semalam sampailah masuk opis pagi tadi. Sambung lagi kawww... tak habis lagi tengok ni. Rasa hati nak jer tengok sampai habis tapi memang 1 keja pun tak buat. Hmm.. itu yang malas nak layan cerita ni. Tak kisah lah melayu ke, korea ke, omputih ke, macam tu lah gayanya. Kalau baca novel pun sama, sanggup tak tido malam. 

So hari ni seketul Kakmim ni masuk ofis, layan cerita sambil breakfast, kol 10 jumpa student sekejap yang datang kolej, pastu kelas kat Google Meet sampai kol 1. Then lunch sambil layan cerita sampailah kol 4. Lepas tu baru buat keja sikit, then barulah update blog ni. Hihihi. Orang pulak ramai takde kan sebab ikut penggiliran sebab tu lah merdeka jer rasa. Hahaha.. jahat ko Kakmim tugasan budak ko tak semak lagi tau.

Oklah nak tau sinopsis cerita ni..

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati. Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

Kasi can la layan jiwang sekejap. Hihihihi.. Siapa yang masih simpan novel ni? Aaaa... boleh la baca balik. Kakmim nak balik ni. Bye!


16/11/2020

Lagu Cinta Kita 2 - Episod 2

November 16, 2020 6 Komen

Best pulak LCK ni kan adalah mungkin sebab ada HH kot? Haha! Minggu ni agak sengit jugak lah. Mostly partner yang stage bercantum tu juri tekan buzzer last minute. Hihihi.

Partner paling comel malam ni Kakmim suka Fariq & Mina tu. Netizen kata pernah masuk ICSYV tapi Kakmim kan tak follow show tu so tak tau lah. Enjoy jer diorang nyanyi Seiring dan Sejalan. Sampai HH mengelamun sengih sorang-sorang dan lupa tekan buzzer! Ai, teringat kat si dia la tu. Hihi.

Macam biasalah minggu lepas habis je LCK2 terjah lagi kat Youtube nak tengok Hariz & Mafa nyanyi lagi. Malam ni pun sama uols, tak puas tengok Fariq & Mina nyanyi. Naughty jer Fariq atas stage ek. Mina pun gedik jer, keduanya ada attitude.

Kan minggu lepas Kakmim cakap, pemilihan lagu tu penting untuk attrack 1st impression tu. Haa.. tengok Fariq & Mina ni semua juri tersenyum-senyum tengok show diorang.

Malam ni HH hensem la. I heart your rambut. Aumm! Hahahaha!

Ada yang tak tengok LCK 2 ke? Jom layan feeling sampai stage bercantum.. hehehe



15/11/2020

Anniversary ke-40

November 15, 2020 3 Komen

Tadaaa!! Family photo pasca PKP. (November 2020). Mak, bapak dan adik-beradik Kakmim. 6 orang semuanya. 5 perempuan, sorang jer lelaki. Hihihi.


2 November 2020 genap ulang tahun perkahwinan yang ke-40 tahun bagi mak & bapak 😍 Alhamdulillah.. syukur atas nikmatNya yang memberi rezeki kami sekeluarga bahagia bersama sampai ke detik ini.

Kalau tahun lepas kami sekeluarga makan-makan di seafood, tahun sebelum pun sama, tahun ni makan-makan kat umah jer. Almaklumlah musim pandemik kan? Dalam PKPB pulak tu.

Memandangkan tahun ni takde seafood so kami adik-beradik buat steamboat jer kat umah. Dan paling penting mesti ada sesi bergambar jugak. Hihihi.

Ni jer yang sempat disnap. Lepas tu sibuk makan jah. Haha.

Dah nak balik baru sibuk bergambar. Missing sorang dalam frame sebab BIL PJJ dengan adik no 2.

Mak, bapak dan cucu-cucunya. Alhamdulillah 4 + 3 dah cucu diorang. ada 4 orang lagi yang belum kahwin. Hihi.

Bila dah adik-beradik Kakmim ramai pempuan, tengok pulak cucu-cucu mak dan bapak pulak ramai lelaki. Cucu sulung pempuan dan anak sulung adik pun pempuan. Bawah yang sulung tu semua lelaki. Sama tak kebetulannya? Sebab tu lah Kakmim fobia nak tambah lagi sorang sebab takut keluar lagi hero! 🤭😂

Ehem! Bulan Disember nanti ada lagi anniversary! Woohoo!! 





14/11/2020

Menang Hadiah Misteri Dari Misya

November 14, 2020 10 Komen

Ingat tak Kakmim pernah join 1 segmen ni bulan 10 yang lalu? Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya. Ingat tak? Ingat tak? Tak ingat takpe, Kakmim okay je.

Rupa-rupanya kan, Kakmim dapat hadiah misteri daripada blogger Misya! Memang tak sangka Kakmim berjaya jadi orang ke-2 terpantas yang join segmen yang telah dianjurkan oleh Misya yang cantik ni. Masa tu kebetulan syarat yang Misya buat macam best je untuk Kakmim story kat blog tu yang terus join. Rupanya memang rezeki Kakmim untuk direview blog Monolog Kakmim ni dan dapat hadiah misteri pulak tu. 

Nak tau hadiah misteri yang bakal Kakmim dapat? Pi lah usha blog Misya. Hehehe. Thanks tau  Misya. Tak sangka sangat.  Sorry sangat Kakmim baru jer dm Misya kat IG tadi.

Untuk Misya - Semoga ukhwah kita berpanjangan , insya Allah. Semoga Misya dipermudahkan urusan jugak dalam apa jua yang Misya buat.

Kepada yang suka shopping handbag tu, boleh la follow IG Misya. Manalah tau kot-kot ada yang berkenan, PKPB sekarang ni memang sesuai sangat nak online shopping kan? Hehehe.

Apalagi.. terjah la IG Misya untuk online shopping di @ftimber_putrajaya