Buah Engkalak, Buah Eksotik Sarawak

Shopping Bahan Dapur Basah

Semalam ke Medan Niaga Kubah untuk restok barang dapur basah. Pergi pun agak lewat sebab nak kena hantar Iman dulu yang ada group discussion di Pustaka. Saya, Encik Suami dan Alan sampai lebih kurang jam 12 tengah hari gitu. Cuaca pun terang dan cerah je. Orang masih lagi ramai. Time-time tengah hari macam ni memang time peniaga dah mula nak turunkan harga. Baik ikan, seafood dan juga buah. Cuma ayam dan daging tak lah.

Kami pergi tempat ikan-ikan dan seafood dulu, sebab itu memang KPI nak ke Kubah. Kalau tak ke Kubah, ayam seekor boleh jer beli di CCK atau Everise. Tapi bila dah alang-alang ke Kubah, memang lah akan beli ayam segar dari seller yang kami dah biasa di sana. Ikan pun saya selalu pergi ke seller Melayu yang saya biasa beli. Baru je nak riki-riki ikan, seller ni cakap lelong kak, sepinggan ikan tenggiri RM10. Memang target nak cari ikan tenggiri pun. Memang bagai mengantuk disorongkan bantal. Siap dengan kepala tenggiri yang dah siap potong lagi. Apa lagi saya on saja. Lepas tu ikan pari punRM10 juga sepinggan. Pari berisi pulak tu, eh saya nak ikan pari ni jugak, kata saya. Makanya setellah 2 jenis ikan. Next cari ikan kembung pulak untuk goreng. Saya tak suka ikan kembung besar, jumpa lah yang kecil, tak berapa nak besar. Yang ikan ni selalunya lagi berlemak. Encik Suami kata on, boleh beli. Saya bab beli ikan kena tanya Encik Suami dulu, ok ke tak ok. Hahaha. Kekadang saya main beli je, tak tau sangat nak tengok fresh ke idok. Bila dia approve, on sekilo, untuk stok 2 kali goreng. Boleh la. Lain-lain pulak macam tak minat, udang dah makan, sotong malas nak siang. So next kami ke bahagian ayam pulak. Ayam macam biasa beli ayam seekor, siap potong, beli wing, beli whole leg. Whole leg ni plan nak buat panggang AF jer. Setel dah lauk protein seminggu. Itu pun kalau rajin masak tiap malam. 

Beli Sayur Seikat Seringgit

Next ke tempat sayuran pulak. Syoknya dapat beli sayur seikat seringgit. Dia nak balik katanya. Boleh la dapat 2 jenis sayur, kat rumah masih ada lagi stok dalam peti. Nampak sangat kan tak rajin masak. Setel sayur, beli jiwa si bongsu pulak. Penat je dia ikut kan, tibalah masanya untuk dia pilih buah yang dia nak pulak. Semestinya dia nak buah oren. Limau ler tu. Cari pisang tapi pisang tak hensem, pisang untuk goreng je hensem, beli lah jugak, dapat RM3 sesikat. Gambar? Semuanya tak sempat nak bergambar, sebab kita shopping macam amazing race. Cuacanya terang dah semakin gelap, hujan dah ada tanda-tanda nak turun.

Sebelum balik saya sempat beli buah engkalak. Geram je tengok, pink je merata-rata. Tengah musim sekarang. Buah engkalak ni kalau besar-besar lagi puas makan. Lemak, manis berkrim. Tapi tak jumpa yang besar. Mungkin musim jenis yang comel macam ni je. Atau dah penghujung musim. Beli je lah RM10 sebakul.

Buah Engkalak, Buah Eksotik Sarawak

Tahukah anda mengenai buah engkalak? Buah engkalak atau nama saintifiknya ialah Litsea garciae berasal dalam keluarga alpukat atau avacado. Ada juga yang menyebut buah engkalak, kalangkala, atau avocado Malaysia (https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/digelar-avocado-versi-malaysia- kenali-buah-engkalak-yang-hanya-terdapat-di-borneo/). Buah ini jarang sekali dijumpai di Semenanjung Malaysia tetapi hidup subur di kepulauan Borneo terutama di Sarawak. Dari aspek fisiologi, pokok ini dikategori sebagai buah-buahan nadir bermusim, tumbuh menegak dan mempunyai cabang-cabang yang banyak. Ketinggian pokok ini sekitar 10 hingga 15 meter. Ditanam daripada biji benih dari buah matang dan mengambil masa selama 4 hingga 5 tahun untuk berbunga. Buah engkalak terdiri daripada dua varieti iaitu engkalak susu (saiz lebih kecil) dan engkalak bulan (saiz lebih besar).

Buah engkalak berbentuk bulat dan leper seakan bentuk buah manggis tetapi berbeza pada warna dan saiznya. Buah biasanya akan keluar pada tepi dahan kecil pokok. Anggaran saiz buah ini berukuran sekitar 4 hingga 8 sentimeter dan mempunyai tangkai buah sepanjang 1.0 hingga 1.5 sentimeter pada dahan kecil. Untuk menuai hasilnya, dahan dahan kecil yang mempunyai buah perlulah di cantas daripada pokoknya. Apabila dahan kecil sudah ditebang, buah engkala ini bolehlah dipetik dan diletakkan di dalam bakul, plastik atau guni. Setelah hasil dikutip buah ini akan dilonggokkan dan dipasarkan.



Buah engkalak yang masih muda berwarna putih kehijauan. Isinya pula berwarna putih krim yang sedikit keras dan mempunyai rasa yang pahit. Selepas itu, buah ini akan dibiarkan masak dengan sendirinya yang mengambil dalam masa 2 hingga 4 hari untuk masak sebelum boleh dimakan. Apabila sudah masak buah engkalak akan bertukar ke warna merah jambu dan pastinya boleh menarik minat kepada sesiapa yang tidak pernah melihatnya. Isi buah engkalak yang sudah masak akan menjadi lembut dan mempunyai rasa manis serta berlemak. 

Sebelum buah ini dimakan, ia perlu direndam di dalam air suam selama 5 hingga 10 minit. Tujuan buah ini direndam adalah untuk melembutkan isinya. Selepas direndam buah tadi perlu ditoskan airnya. Bagi menambah rasa keenakan buah ini, buah ini bolehlah ditambah dengan sedikit garam atau kicap. Rasanya enak bila dimakan dan tekstur isinya lembut serta hampir sama dengan buah avocado. Buah engkalak ini dijual di pasar tani atau diambil peraih untuk jualan runcit.

Alan tanya macam mana nak makan buah engkalak ni? Katanya buah engkalak macam buah manggis tapi rupanya lebih eksotik. Tak taulah macam mana Alan ni tau buah ni eksotik. Kalau saya, makan dengan nasi, gaul-gaul dengan nasi ataupun nak ratah macam tu saja pun on jer. 

Ada jer orang Sarawak yang tak reti makan buah engkalak ni, samalah macam buah dabai, ada je orang Sarawak yang tak pandai makan. Tapi selera kita berbeza kan? Kalau saya pun, tak pandai makan jering dan petai. So rai je lah citarasa masing-masing. Jangan kecam-kecam k.

Benteng di Medan Niaga Satok dah berwajah baharu. Nak try makan di stall situ tapi macam tak ready je lagi walaupun orang dah ramai jugak makan kat situ. Kami terus lekas-lekas menuju ke kereta sebab hujan pun telah mula turun renyai-renyai. Hari yang cerah telah bertukar gelap menandakan hujan lebat akan turun. Dan selamat je masuk kami tiga beranak masuk dalam kereta, hujan pun mula lebat.






 

Post a Comment

36 Comments

  1. Jelita buah engkalak ni, pelik napa dia tak popular. I blom pernah jumpa, apatah lg mkn.

    Kakmim sama dgn I, klu mkn ikan kembung suka yg kecik2. Pernah mkn kat kedai, org tu guna kembung besar, terkulat2 nak habiskan, ditambah pula resepinya kurang umph. Klu cili dia power ok sikit kot & ikannya digoreng lebih garing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? sy pun x suka ikan goreng di kedai yg buat ala-ala celup tepung tu

      Delete
  2. tak pernah tengok buah ni.. apa rasa dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya manis berlemak dan teksturnya lembik, itu yg sedap gaul-gaul dengan nasik

      Delete
  3. Baru pertama kali dengar tapi cantik rupawan buahnya berwarna pink. Rasa dia macamana ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya manis-manis lemak berkrim, tekstur nya pulak jadi lembik bila dah rendam dgn air suam, yg dalam gambar ni belum rendam air suam lagi

      Delete
  4. Teruja nak rasa buah engkalak. Tak pernah jumpa. Kaya betul Borneo, macam-macam jenis buah-buahannya.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tengok & tak pernah dengar. menarik ramai orang nak cuba ni kalau ada di Semenanjung.

    ReplyDelete
  6. Seriously, kita baru tau pasal buah ni... ok klu sampai kuching harus la kita cuba jgk nanti ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tgk musim jugak kak ret, kalau bkn musim xde buah engkalak ni di pasaran

      Delete
  7. Replies
    1. macam buah dabai jugak, sejenis buah eksotik

      Delete
  8. masa pi bintulu itu hari , sahabat di sini jamu buah engkalak, dabai dan 2, 3 jenis lagi buah eksotik yang tak ada di senanjung.. saya suka..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat ke mkn? kekadang org semenanjung x leh terima rasa buah² eksotik ni.. hehe

      Delete
  9. Tak pernah dengar nama buah engkalak ni, Mim. Tengok rupa macam buah jambu air pun ada. Bestnya pergi ke pasar, meriahhhlah lauk-pauk Mim lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak try la pegi pasar borneo kat situ, ada kot sekarang sbb tgh musim..hehehe

      Delete
  10. Uiii, Sarawak ni kaya dgn buah-buahan rare.
    1st time saya melihatnya. Makan dgn nasi? memang lain...
    Buah mangga dgn tembikai je saya suka mkn dgn nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tembikai mkn dgn nasik? Sy mkn tembikai selepas or sebelum mkn nasik je.. hehehe

      Delete
  11. Best tu membeli sayur seikat seringgit. Boleh beli banyak jenis. Pertama kali dengar buah engkalak dan tengok rupa buahnya. Uniknya buah ni. Nak makan pun ada caranya juga ye. Kalau tak tahu mesti terus gigit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye fiza.. sama mcm buah dabai.. bkn direbus, rendam je air suam sebelum mkn

      Delete
  12. Menarik bila baca entry dari orang Sarawak sebab apa yang ada di sana belum tentu ada di sini.
    eerr... buah engkalak tu boleh pos tak untuk saya rasa.. pm tepi saya bayar.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. x konfiden pulak nk pos takut nnt dh x elok.. kalau akak di area seri kembangan cuba cari kat pasar borneo.. manatau ada kat situ

      Delete
  13. Menariknya kombinasi warna pink hijau buah engkalak ni. Pertama kali tengok. Buah ni lemak² macam buah dabai dan avocado sudah tentulah ia sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram kn tgk kaler pink gitu.. buah engkalak ni lembik kalau dibanding dgn dabei, mkn kena gaul2 dgn nasik fuh nikmatt

      Delete
  14. Kmk la org Sarawak nok sik pandei makan buah engkalak tok 🤭 mun buah dabai lain cerita. Nang faveret. Pernah nemu engkalak putih di tamu Bintulu, sidak gelar ya engkalak susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn ktk jak x pandei rami juak org dikenal kmk x pandei.. iman pn x pandei juak bila kmknsuruh nya encerik alu berebut kmk 2 mun ada oleh engkalak 😂😂 nyaman eh engkalak susu, lemak2 jak

      Delete
  15. Rindok aihh beli time sidak nak belelong. Sayur singgit sikat. Kmk suka juak engkalak besar-besar. Alu kecur liur ngenang. Lemak sedap eh mun besar-besar Puas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak oo?? Mun besar nang puas sa mkn.. remey2 ngn nasik

      Delete
  16. Kalau terjumpa buah unik macam ni mesti nak beli dan rasa tapi serius tak pernah rasa buah ni apatah lagi nampak kat pasar.

    ReplyDelete
  17. Hahahahah macam amazing race ya mba 🤣. Memang lah kalau ke pasar , dan cuaca gelap terang begitu, langsung rasa nak cepat2 balik. Malam kehujanan.

    Saya baru tahu buah ini 😍😍. Aiiih penasaran nak coba kalau kesana. Kalau rasa mirip avocado, sedap tak di jus? Kalau di sini avocado kebanyakan dijuice, tambah susu dan coklat.

    ReplyDelete
  18. unik dan cute la buah ni! tak pernah tahu pun kewujudannya heheheh

    ReplyDelete
  19. pertama kali lihat dan dengar nama buah nie... comel pula...kat sabah takda buah nie

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!