Kisah semalam, majlis doa kesyukuran dan sambut menantu untuk adik tunggal lelaki kami dan isteri. Plannya memang takde pelamin bagai, just nak jemput ahli keluarga untuk memperkenalkan menantu perempuan tunggal dan makan-makan. Tapi akhirnya jadi meriah jugak.
Pelamin booking last minit, nasib la ada pelamin bajet yang available. Katanya dah fully booked dan set pelamin banyak keluar sebab banyak majlis hujung tahun ni. Walaupun bajet tapi nice jugak, less is more.
Tak ada dalam tentatif, tetiba pasangan pengantin tunggu di rumah akaknya no 1 dan berjalan ke umah akaknya no 2, sebab majlis dibuat di rumah akaknya nombor 2. Siap ada background kompang dan selawat pulak tu. Dan... yang paling last minit, tetiba akaknya no 1 dan no 2 jadi pemegang payung pengantin pulak dah. Alhamdulillah cuaca semalam sangatlah sporting, terang dan panas hingga ke malam.
Menu semalam:
Nasi minyak
Daging masak hitam
Dalca Ayam
Bubur pedas
Ayam goreng berempah
Ikan masin
Cendol gulapong
Buah limau
Kuih-kuih tradisional
Puding oreo dan coklat
Aiskrim Malaysia
Siap Oren Sunquik
Kopi O/teh tarik panas
Candy station (jajan)
Dan.. kami sekeluarga tak sempat pun merasa lauk semalam kecuali dalca ayam. Sebab dalca ayam je yang banyak lebih. Alhamdulillah ramai yang bagi feedback lauk semalam sedap-sedap especialy daging masak hitam (Sarawak style) dan bubur pedas (only in Sarawak).
Cendol gulapong ni memang la buah hati sebab cuaca panas semalam. Yang datang lambat lepas jam 12 memang tak kumpa dah cendol. Tinggal balang kosong je.
Station air panas dan puding
Candy station dan desert table
Kononnya kami buat jemputan bermula jam 10 pagi hingga 3 petang tapi orang Sarawak ni dah terbiasa pergi kenduri jam 10 pagi. Jam 11 pagi tu la peak hour, ramai yang datang masa tu. Takde maknanya nak berangan buat majlis macam di Semenanjung. Selepas zohor jam 1 semua tetamu dah beransur kurang.
25 Oktober majlis bersanding di dewan, 25 Disember majlis doa kesyukuran di rumah. Alhamdulillah kedua-dua majlis berjalan lancar dan dipermudah, walaupun nasik tetiba sold out jam 12, tapi caterer sempat bertindak suruh orang hantar nasik ke rumah majlis berlangsung.






5 Comments
semoga majlis beroleh keberkatan.. menu pun sedap-sedap terutama candol gula apong
ReplyDeleteTahniah Mim terima ahli keluarga baru.
ReplyDeleteWalaupun katanya buat ringkas tapi nampak wow jugak ni.
cute jer pelamin tu...sweet wpun simple
ReplyDeleteAlhamdulillah..majlis berjalan lancar...tahniah kak Mim ada ahli keluarga baru.. Mini pelamin pun lawa.. cantik..
ReplyDeleteCantik la pelamin tu simple buat nice.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!