Lama Tak Dine-In di Pizza Hut

Rasanya kan Pizza Hut dah semakin pupus dah di Kuching ni. Mungkin sebab boikot jugak la. Kami ke Plaza Merdeka dah tak ada, di Vivacity pun dah tak ada. Cuma yang tinggal bertahan yang di lot sendiri je. Rasanyalah.

Sebab lama dah tak makan di Pizza Hut, #theIMANs ni teringin pulak. Itulah misi nak ke PH tapi tak jumpa-jumpa di shopping mall. Pilihan terakhir terpaksalah balik, keluar dari mall dan pergi ke PH yang di lot sendiri, di area Satok. 

Mula-mula kami sampai pun hanya ada 1 meja customer je sedang menunggu order. Tapi tak lama lepas kami order, bertambah pula customer dan penuh jugak lah semua meja. Makin kurang agaknya ye orang makan di PH. KFC, McD dulu masa kempen boikot memang lengang, sekarang dah macam biasa dah. Begitulah ya. Kami kalau teringin memang makan jugak.

Kami order apa? Beef pepperoni pizza memang wajib la, favourite #theIMANs. Lepas tu order jugak baked cheese rice. Excited tengok dah ada balik dalam menu, ke memang dah lama ada, itulah sebab lama dah tak ke PH kan? 

Bila order guna QR memang kena screenshot, senang sikit kita nak monitor apa yang kita dah order, sebagai bahan bukti kan in case tak masuk dalam sistem ke, padahal kita dah submit dah. Contohhhhh....


Seronok depa berdua ni tarik-tarik cheese. 

Abang macam biasalah muka takde perasaaan, Awan Alan macam biasalah bila makanan kegemaran, enjoy dan happy la.

Yeah, all you need is love. Happy tummy, happy family. 

Sebenarnya ini kisah throwback hujung bulan lepas. Hehehe. Salam Jumaat tau semua, bagi yang bercuti tu, selamat bercuti!!! Semoga semuanya ceria dan bahagia ya.

 

Post a Comment

2 Comments

  1. Kepupusan mungkin faktor trend orang kinek tok yang order guna online jak..makan di rumah..selain ya mungkin lepak di premis dh sik berapa best..bergaut mok ke sia ke sitok...pendapat kmk ajak la

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat, Mim. Nampak seronok #theimans dapat dine in di PH. Budak2 kan suka makan pizza nak nak pulak cheese boleh tarik2, hihi.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!