Hari Sabtu lepas, hujan. Ibunya goreng nasik sikit, anak-anaknya makan roti Munchies cicah air teh. Plannya nak brunch je terus. Destinasi dituju nak ke Salar Mee Tarik. Ada menu yang ingin dicuba.
Kalau sebelum ni nak order steam dumpling tapi habis, hari tu ada rezeki dapat order steam dumpling. Order sekali dengan fried dumpling. Yang win tetap friend dumpling. Mungkin cinta pertama kot, begitulah. Hehehe.
Order kami pada hari Sabtu lepas.
Menu yang menjadi tanda-tanya dari mula-mula makan di sini. Mee dingin? Kenapa namanya mee dingin? Cold mee. Memang sejuk rupanya. Dan sebelum makan kena gaul semua daging, carrot, tomato dan timun ni dulu. Bila ada timun ni rasa macam rojak pun ada. Rasanya timun ni jugak yang membuatkan mee ni jadi rasa 'sejuk'. Dah la mee nya memang dingin, tapi unikla. Licin budak-budak ni makan.
Lain-lain tetap order menu biasa. Mee Daging Mala Mala favourite si abang, rasa pedas lebih sikit. Alan dengan Hong Shao Beef Noodle, Ayah pun try menu baru, rice with garlic sprout & beef dan saya tetap setia dengan rice with braised beef & potato. Agak over jugak la order hari ni sebab mee tarik yang Alan order tak habis, sebab takde siapa yang boleh rescue dia untuk habiskan.
Gambar makan-makan kenangan di hujung tahun 2025.
0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!