Lawatan Penanda Aras

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Lawatan Penanda Aras?

Lawatan penanda aras merujuk kepada aktiviti pembelajaran terancang di mana sesebuah organisasi membuat perbandingan amalan terbaik (best practices) dengan institusi lain yang diiktiraf cemerlang dalam bidang tertentu.

Menurut American Society for Quality (ASQ), benchmarking ialah alat penting dalam pengurusan kualiti bagi meningkatkan prestasi organisasi melalui pembelajaran daripada pihak lain yang lebih maju.


Mengapakah Lawatan Penanda Aras Perlu Dilaksanakan?

1. Mendedahkan Unit kepada Amalan Terbaik

Setiap institusi mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri dalam mengurus kualiti. Melalui lawatan penanda aras, UJK dapat mengenal pasti amalan terbaik yang telah terbukti berkesan dan berpotensi untuk disesuaikan mengikut konteks institusi sendiri.

2. Menambah Baik Sistem dan Proses Dalaman

Pemerhatian secara langsung membolehkan unit menilai jurang (gap analysis) antara amalan semasa dengan standard yang lebih cemerlang. Ini seterusnya membantu UJK merangka pelan penambahbaikan yang lebih realistik, praktikal dan berimpak tinggi.

3. Memperkukuh Budaya Kualiti dan Penambahbaikan Berterusan

Benchmarking menyokong prinsip Continuous Quality Improvement (CQI) yang menekankan pembelajaran berterusan dan adaptasi perubahan. Pendekatan ini selari dengan standard pengurusan kualiti seperti ISO 9001 yang menggalakkan organisasi belajar daripada pihak berkepentingan dan rakan strategik.


Diari Lawatan Penanda Aras

Hari kedua di titik tengah Semenanjung Malaysia. Dari seberang laut kami ke negeri Tok Gajah untuk menuntut ilmu. Kami sangat gembira di sini. 

Best vibe di kolej ni. Besar sebab kampus sendiri. Kolej kami di Sarawak semuanya di shoplot.

Sampai-sampai terus dijamu sarapan pagi.

Objektif kami menimba ilmu dari sahabat-sahabat di Temerloh. Sukanya sebab semua penyelaras function dan tak lokek ilmu. 

Panas-panas pun nak jugak berposing.

Hari ni dari pagi ke malam makan saja kerjanya. Makin banyak input berkenaan pengurusan kualiti masuk, semakin berselera pulak makan. Hihihi. Makan sebab lapar ke makan sebab stress ek?

 

Post a Comment

0 Comments