Semalam hanya masak spagetti bolognese untuk sungkei. Lepas tu masuk je cheese stick dalam AF. Siap! Eh, ada ayam gunting jugak Ayahnya beli di bazaar.
Ibunya masih dalam mode malas masak menu berat, tapi sebab utamanya ialah kehabisan stok cili dan bawang blend. Hihihi. Tak sampai seru lagi nak memblend cili kering dan bawang-bawang sekawan, nak beli yang siap blend, bukan tak ada, ada je tapi nanti tak puas hati pulak. Nak jugak yang hand-made kan. Nasib lah kalau dah cerewet sangat.
Menu barat untuk sungkei semalam. #theIMANs suka je, termasuk si Ayah. Ayah siap request meatball tapi tak ada dalam freezer, guna je lah apa yang ada.
Mini cheese stick jenama EB Kranch. Senang jer dari freezer terus ke air fryer. Tak perlu defrost bagai. Rasa pun not bad.
Sorang-sorang di rumah bila #theIMANs tadarus, tetiba timbul idea nak memaggie. Makan cepat-cepat sebelum mereka habis tadarus. Jangan lupa bukti-bukti memaggie pun harus dilupuskan segera.
Sebab lama tak selfie depan cermin di tangga. Hihihi. Salam Jumaat ye!! Seronoknya dah Jumaat, esok tak perlu pergi kerja, yeay!


1 Comments
Betul tu bila bangun pagi ni eh dah jumaat. Seronok sebab sok tak yah pi opis sebelum subuh. Lepas sahur lepak jap tunggu subuh. Tenguk maggi emm cam nak sahur maggi kari besok pagi je.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!