Pertama Kali Servis Kereta Berbayar

Tahun ketiga bersama Mr Grey, baru kali pertama servis berbayar. Sebelum ni 2 tahun servis percuma sebab masa beli Mr Grey ni dulu dapat sekali servis percuma 2 tahun. Setahun 2 kali je servis kereta ni, so last servis percuma hari tu masa bulan Julai 2025.

Nak servis di Eon Automart ni memang senang, kalau lupa pun mereka akan send reminder. Lepas tu kita reply je bagitau kita nak book bila, tarikh dan masa terus nyatakan sekali. Mudah.

Sampai di center pun terus kena entertain, staff akan assist kita bagitau expected time untuk servis, dan anggaran payment. Lepas servis, ada servis cuci percuma jugak, tapi yang ni option lah sebab kadang-kadang customer nak cepat so lepas servis nak terus balik. So far memang takde stress lah nak servis di sini.


Tenang je, bersih, staff pun kebanyakannya orang kita. Bos sini pun orang Melayu jugak. Makanan pulak banyak pilihan, hari tu ada pack food, nasi goreng dan meehoon goreng tapi saya masih kenyang tak makan pun. Cuma topup air sejuk je di mesin Cuckoo.


Part yang seronok, melihat Mr Grey diservis dari dalam cermin. Nak tau status, monitor je screen tv yang disediakan. Staff cakap 2 jam, 2 jam lah siap. Tapi hari tu tak sampai pun 2 jam. 10 setengah kami dah bergerak balik dah. Senang hati Mr Grey dah servis. Nak jalan jauh pun dah tak risau.

 

Post a Comment

0 Comments