Rupanya ada jugak yang tak tau "SUNGKEI" ni apa ek? Kesian Uncle penat dia gugel. "Sungkei" ni maksudnya buka puasa dalam bahasa Sarawak. Saya harap Uncle dah tau dah ye. Hehehe.
Semalam Sabtu, adik ajak sungkei kat rumah dia ramai-ramai. Dapat la jugak mak dan bapak merasa teraweh di masjid kejiranan kami pulak. Dan macam biasalah kalau berkumpul kami biasa potluck je. Tengok saya masak apa? Hehehe.
Juadah sungkei potluck saya masak yang simple-simple je, udang goreng kunyit dan sayur sawi. Lepas tu buah semangka. Dipotong kiub ala-ala hotel. Kikiki.
Untuk moreh pulak, kami bawak Roti John Lawas dan tepung bungkus. First time jugak nak merasa tepung bungkus ni. Kuih asal dari Kedah kata orang kedai. Oh ya kami beli di kedai roti canai bukan dari bazaar. Kiranya ni menu hari-hari dijual la, cumanya saya tak pernah try tepung bungkus di situ je.
Lepas teraweh family bonding sambil moreh semestinya aktiviti wajib. Cerita la topik random macam-macam. Pasal bacaan imam masa teraweh la, pasal budak-budak di masjid la, pasal anak-anak buah la, macam-macamlah. Macam lama tak jumpa je padahal tiap hari pun jumpa dan chatting di whatsapp.
Dan first timer merasa tepung bungkus. Saya suka. Yang putih tu lemak-lemak masin kemudian inti kelapa tu pulak manis-manis gulapong. Balance rasanya. Bau aroma daun pun sedap. Approved!
Ada sedikit balance udang selepas dibahagi dengan adik untuk bersahur, kita convert ke nasi goreng udang pulak. Pun sodap. Sendiri masak sendiri puji la, apalagi. Hahaha!






0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!