Stok Buah Dabei Dari Sibu

Adik no 2 saya keja di Sibu, setiap minggu balik Kuching pada hari Jumaat. Pagi Isnin balik semula ke Sibu. Sekarang ni kan tengah kecoh tiket flight mahal. Mancanak-canak harga flight sekarang. Sibu-Kuching-Sibu pun mahal. Tak patut la fly dalam Sarawak pun mahal. Tak berbaloi langsung. Nak tak nak adik saya terpaksa balik ke Kuching guna jalan darat. 

Hikmah balik guna kereta dapat la memborong dabei di Sibu untuk bawa balik ke Kuching. Makanya adalah stok dabei.

Simpan dalam tipuware siap-siap untuk sekali makan. Boleh masuk dalam freezer.

Dabei ni sedap kalau makan dengan kari, dalca atau masakan masak lemak. Kalau dah masuk dalam freezer, nanti sebelum makan rendam je dalam air paip biasa. Dah lembut, dah boleh makan cicah kicap manis extra pedas Mahsuri. Sedappp!!




 

Post a Comment

1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!