Sila duduk diam-diam

Jahatnya Ibu.
DIsebabkan Iman yang semakin meliar bila di dalam kereta.
Nampak jer offer yang best, Ibu dan Ayah terus angkat 1 untuk Iman.

Tadaaa...
Iman duduk di car seat nya sendiri.
Memang dah lama plan nak beli untuk Iman.
Tapi masih meriki-riki harga yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.
Bila dah jumpa, siap ada less lagi 20% apalagi car seat tersebut terus jadi milik Iman.

Pada mulanya Iman rimas duduk dalam car seat barunya.
Orang dah biasa bebas dalam kereta tetiba terkongkong dengan seat belt car seat.
Lepas kereta jalan, bagi toy, Iman dah ok.
Memang good girl anak Ibu ni.

Kalau tak, sebelum ni ada jer yang Iman nak kerjakan.
Kalau dok depan, dia akan main-main gear, ganggu Ayah driving jer.
Kalau tak pun, nak tekan-tekan chanel radio.
Kalau letak kat arm rest, suka tarik telinga dan cermin mata Ayah.
Kesian Ayah jadi mangsa kalau kuku Iman tajam.
Dicakarnya muka Ayah sebab nak tanggalkan spec hitam Ayah.
Ibu?
Kesian jugak, sebab kekadang Iman suka lap cermin kereta.
Kalau bagi tisu, dia nak lap, bagi towel, dia nak lap jugak.
Kalau dok belakang, lagi la dia bebas.

Iman semakin aktif sekarang.
Kalau tengok orang makan, mesti dia kejar.
Kalau tak bagi, dia marah, nak gigit orang tu.
Iman... Iman...

Iman marah, aaaaaaargghhhhhh.....!


4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. cergas dan aktif, mcm tu la cikOni, haha. baik juga dia ddk dlm carseat tu, cikOni langsung, boleh aje dia keluar dari carseat. huh, terror btl.

    ReplyDelete
  2. mungkin mula2 dia baik, tp xtau la sok lusa mgu dpn bln dpn... hehehehe

    ReplyDelete
  3. haha..marah pun kiut jugak laa si iman ni.. Tgh cari car seat jugak ni.. xjumpa2 lagi y berkenan di hati

    ReplyDelete
  4. carik la yg berkenan di hati dan harga berpatutan... hehehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form