Positif dan normal

Ibu Iman: Kenak oh kamek mun di umah kadang-kadang mesti terfikir-fikir juak apa plan nak dipolah di opis? (Kenapa ek saya kalau di umah kadang-kadang mesti terfikir-fikir jugak apa plan yang nak dibuat di ofis?)

Ayah Iman: Ya retinya kitak workaholic. (Itu ertinya awak workaholic)

Erk.. tersedak sebentar. Saya workaholic? Rasanya saya bukan! Tak pernah dan tak terfikir pun nak jadi workaholic. Tapi Ayah Iman dah beranggapan lain pulak.

Saya cuma bekerja untuk kepuasan hati. Bila saya suka, saya buat. Bila saya tak suka, jangan paksa saya buat. Itulah saya. Kalau paksa jugak, memang tak menjadi.
Baru-baru ni kolej kami ada menganjurkan 1 function. Besarlah jugak, melibatkan semua kolej komuniti zon Sarawak. Memang nama saya naik sebagai ketua, Ketua JK Program. Masa tu memang saya tension. Saya taknak. Sebabnya time tu saya baru jer lega lepas jadi Pengarah Program untuk 1 program kolej peringkat dalaman. Sampai 1 minggu jadi zombie. Baru jer nak berfoya-foya, tiba-tiba nama naik lagi jadi Ketua. Bengang sangat. Bukan mudah nak menjadi ketua, semuanya terletak di bahu kita. Semuanya kita nak fikir. Apatah lagi JK Program, lagilah, penat tu. Tapi, at last saya dapat jugak tolak jawatan tu, biarlah saya jadi AJK biasa, saya dah muak masuk meeting. Teringin jugak nak berehat macam orang lain. Tak sebok pun nak fikirkan pasal kolej. Gaji sama jugak.

Akhirnya di hari kejadian, ingatkan tak jadi orang penting, tapi kerana kawan dan kolej, saya tetap jugak menjalankan tugas 'orang penting', 2nd time jadi floor manager, memang agak mudah dari yang pertama, tapi debarannya masih sama. Nasib baik tak bertukar menjadi zombie. Saya lebih relaks dan cool, namun kesabaran tetap juga teruji pabila student mula menunjukkan belang. Tapi, tu memang biasalah, tapi saya tabik dengan diri saya sendiri kerana telah berjaya mengawal amarah. Yeay! Bukan selalu tau! Saya masih dapat  berlembut di depan tapi di dalam hati tu menggelegak, siap dari luar auditorium saya tunjuk lagi pelajar tu kerana geram dan marah.
Sekarang saya cuba belajar untuk menerima dan melaksanakan tugas yang diberikan seadanya, tanpa terlalu obses dan over komited. 

Dan... saya berjaya! Buktinya program baru-baru ini, saya bukan orang penting di atas kertas (macam bukan saya), tapi tetap orang penting di hari kejadian, (semestinya itu memang macam saya), tetapi saya masih dapat berfoya-foya dan tidak terlalu memikirkan program tersebut. Saya tidak obses, saya tidak peka, saya tidak peduli. Wow, itu bukan saya yang selalunya.

Memang sah kan saya bukan workaholic, saya masih biasa-biasa saja, saya normal.


1 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. salam mira..
    nurul pun mcm tu.bila kat umah duk terpikir kerja kerja pejaabat..eh silap kerja sekolah ..duk pikir anak murid laaa..tapi rasanya ktia ni pun tak workholic jgak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form