31 sudah

Assalamualaikum buat blog kesayangan, maaf sebab dah lama tak update. Last update sebulan yang lepas. Hari ni genaplah saya 31 tahun lahir kat atas muka bumi ni. Alhamdulillah. Syukran ya Allah kerana anugerah-anugerah terindah yang hadir dan mewarnai hidup saya, iaitu suami, anak-anak, ibu-bapa, adik-beradik dan keluarga besar yang tersayang. Tak dapat dibayangkan macam manalah hidup tanpa mereka-mereka ini.

Blog yang tersayang, Ahad ni saya nak travelling. First time travelling sejak adanya adek Irfan. Adek Irfan dah 5 bulan lebih dah, Risau memang risau sebab Adek Irfan sangat manja dan yang lebih penting Adek Irfan masih lagi menyusu badan. Nak buat stok banyak? Saya bukan jenis yang meriah pun. Buat sekadar yang mampu jer. Selebihnya tawakal je, nasib baik Irfan ada ibu susuan, boleh jugak menumpang susu Adek Azzalea nanti. Dah, takmo pikir lebih-lebih. Cuma nak minggu depan cepat berakhir dan terus menjelmalah jari Jumaat.

Blog yang dipuja, saya kini tengah sibuk dengan Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Tak larat nak cerita panjang dekat awak cik Blog. Kalau awak ada FB, search jer kat FB. Alhamdulillah, rezeki anak-anak di Rumah Amal Murni tu mencurah-curah. Semakin dekat hari penyerahan, semakin ramai pulak yang ingin menghulurkan sumbangan. Terharu pulak rasanya bila menerima amanah daripada orang ramai untuk menggembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik ni.

Cik Blog, mata saya dah berair dah ni, dari tadi mengadap lappy ni. Nantilah kalau ada masa saya cerita lagi k. Selamat berpuasa.


2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form