Follow Us @soratemplates

04/02/2019

Keja sehari, Cuti 2 hari


Gara-gara AJL malam tadi pagi ni liat nak bangun. Nak EL sayang pulak rasa sebab bos-bos takde kat opis. Hahaha. Pastu sekarang kat opis ni tak boleh sesuka hati nak EL kang cuti tak dilulus kena jawab surat tunjuk sebab pulak. Hahaha

Walaupun bangun agak lambat tapi masih dapat masak untuk budak² yang bercuti kat umah. Pegi keja macam biasa je. Timing cun. Jalan pulak lengang. Mungkin cuti sekolah dan ramai orang ambik peluang cuti sehari ni kot. Makanya driving pun lenggang kangkong mak enon lah gamaknya. Hehehe.

Tak sabar nak cuti lagi esok lusa. Yeehaaa!!

Sebenarnya Encik Suami ari ni keja. Ada ke patut dia tak mohon cuti ari ni? Pastu esok lusa PH nak mereput di umah sewa ke??

Apa lagi.. kita injek la. Pegi klinik beli MC la, EL la. Last² ugutan yang membunuh, family comes first la. Yeahh... berjaya jugak dia EL. So dia balik Putrajaya ari Rabu nanti. Hahahahar gelak jahat.


Total Encik Suami bercuti di awal tahun bolehla.. nak dekat 2 minggu. Baru berbaloi. Hihihi.

No comments:

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥