Nasi 3 Budak Gemok Kota Dame

Tetiba teringat pulak Nasik 3 Budak Gemok di Uptown Kota Dame. Phergh!! Sambalnya memang merecik pedas tahap dewa. Ayamnya digoreng dan digaul dengan kicap homemade signature mereka. Bukan macam ayam kicap biasa rasanya, kicapnya ada rasa rempah² sikit tu yang cakap kicap signature diorang. Sambal memang padu!! memang tak bercakap pun masa makan. Kalau dah minum air memang susah nak sambung makan balik kecuali tak letak sambal lah.  Adoi... rasa nak terbang KL jugak malam ni nak makan nasi ayam kicap sambal leleh ni. Huhuhu!

Nampak simple kan tapi..sambal tu memang menangis tak berair mata. Harga RM8, tapi puas lah makan ayamnya tu. Nasik pun not bad, cukup bagi saya. Sebab saya jenis makan nasik banyak. Hihi.

Mula-mula macam eh, kenapa sikit sangat sambal ni. Rupanya memang cukup makan sikit je. Sebab memang menyengat sangat. Sambalnya dibuat dari 3 jenis cili dan digoreng, deep fry ok. Lepas tu minyak lepas goreng cili tu digunakan untuk goreng ayam pulak. Pherghh!! Cili-cili yang dah digoreng tu pula digiling. Manual ye bukan dengan blender. 

Nak tambah telur dadar pun boleh je. Tambah RM1 je

Nak order memang panjang gila lah q. Ari tu pergi tak sempat nak ambik gambar q sebab En Husband dah assign saya untuk beli air. Beli air pun q jugak. Hahaha.

Kalau nak try sila waze Uptown Kota Damansara tau. Kalau search Uptown Damansara kat waze, memang jumpa jugak uptown tapi memang takkan jumpa 3 Budak Gemok ni. Tapi sebenarnya takde pulak budak gemok kat stall tu. Semuanya cewek yang slim-melim gitu. Hahaha.

Sila cuba okay!! Recommended sangat.

Nak jugak tempek kat sini..wakaka




2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Salam kenal Kak Mim..
    Dari gaya kak mim cerita memang dapat imagine camne rasa pedas sambal nasi tu.. Alahai tetiba rasa nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. Salam LZ.. Cer try nnt boleh bgtau brp skala pedas bg LZ plak.. Hehehe

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form