Follow Us @soratemplates

06/01/2020

Tips Teknik Flat Lay For Beginner



Semuanya gara-gara gambar yang diupdate di status Whatsapp seperti di atas ni. Gambar ni diambil dari angle atas. Mesti korang selalu jumpa gambar macam ni kan? Sebenarnya teknik ambik gambar dari angle atas ni namanya teknik flat lay atau Flat Lay Photography. Teknik ni bukannya baru sangat pun, kalau tengok di IG memang seller online suka guna teknik ni untuk ambik gambar produk diorang. Saya pun suka tengok gambar guna teknik flat lay ni. Mula-mula jatuh hati tengok konsep flatlay ni bila selalu download vektor di Freepik dulu. Dari situlah mulanya, tapi nak ambik sendiri tak reti sangat lah pulak.

Sekarang semenjak 2 menjak ni suka pulak nak apply teknik flat lay sebelum makan. Tambah-tambah lagi bila dah jumpa geng-geng yang sporting yang suka jugak nak bergambar dulu sebelum nak makan. Haha. Asal sabar je. Lepas order sampai, sabar, tembak dulu sedas 2 atau sampai puas hati lah. Hehehe.

Antara koleksi sarapan pagi bersama Maggi. Hehehe.

Cubaan.. cubaan

Agak-agaknya macam mana saya ambik gamba lauk makan tengah hari ni? 

Banana cheese anyone?

Lauk makan malam pulak

Basic lunch

Kebanyakkan saya buat amali flatlay sebelum makan. Semua makanan kan? Biasalah beginner kan. Sebab kalau nak ambik subjek lain kena ada props pulak. So kebanyakkan gambar yang saya ambil tak ada props. Kalau betul-betul nak apply kena ada props supaya storyline dia ada.

Kalau nak baca lebih lanjut tentang teknik flatlay ni google jer. Ada baca blog yang cerita pasal ni. Saya nak cerita lebih pun tak reti sangat sebab bukan pro pun. Cuma apa yang saya boleh simpulkan:
  1. Subjek yang nak ditonjolkan kenalah jelas
  2. Background kenalah sesuai.. selalunya putih atau plain, tapi nak cuba jaya latar lain tak salah
  3. Pencahayaan kena on point sebab gambar yang cantik tak memerlukan flash camera
  4. Props, kalau boleh cari props yang bersesuaian dengan tema subjek
  5. Capture dari sudut pandangan atas paling tinggi

Saya pun masih belajar, bukan pro. Cuma apa yang penting, nak ambik gambar ni kena muka tebal sikit. Kalau jenis pemalu memang tak jadi lah gambar. Jadi cameraman memang macam tu. Kalau malu memang tak dapatlah nak capture momen yang best² kalau asik tertinggal di belakang jek.

Pernah kami segeng nak apply tips yang no 5, ada lelaki meja sebelah offer diri nak tangkapkan gambar kami sebab dia ingat kami nak ambik gambar. Kami gelak jer say thanks sebab sebenarnya kami cuma nak tangkap gambar makanan kami yang atas meja tu! 🤣🤣

5 comments:

  1. Yalah kamek nangga flat lay kacak² jak. Kmk pun tengah coba² juak.. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Suka² nak oo jadi hobi pn x salah bah

      Delete
  2. oh...baru tahu...betul tu , kalau nak ambil gambar kena berani sikit...kalau malu..jadi macam saya...fikir orang sekeliling ..yang penyibuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jadi mcm roy.. Hati kau mmg keras roy 😂😂😂😂

      Delete
  3. sy pun suka tengok teknik flatlay mmc ni hehe

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥