Follow Us @soratemplates

03/01/2020

Western Food di Kuching - Toko Daging, Satok

Kecoh jugak semalam kan bila Menteri Pendidikan kita tetiba letak jawatan. Saya mungkin faham kenapa beliau letak jawatan sebab saya pernah juga mengalami  situasi seperti ini bila BFF letak jawatan daripada post yang dipegang. Bukan sebab nak lari dari tanggungjawab tapi saya pasti faktor-faktor lain yang mendesak keputusan tersebut. Apapun perletakan jawatan beliau, hidup perlu diteruskan. Hari ni hari pertama bertugas pada tahun 2020. Yeah!!

Ok, saya cuba follow perancangan saya untuk blog ni. Hari Jumaat hari untuk review. So hari ni saya nak buat food review untuk tempat makan di area Kuching. Ada ke warga Kuching baca blog ni ek? Takpe, saya share je untuk sesiapa yang datang ke Kuching pun boleh je kalau nak makan kat sini.

Kami pergi ke suatu tempat makan western ni 3 minggu yang lalu. 1st time makan di kedainya di area Satok tapi 2nd time makan di Toko Daging. 1st time dulu makan di Gita. Toko Daging ni ownernya Melayu, 1st kedai diorang di kawasan perumahan jer, kat rumah. Yang kedai di area Satok ni memang di shoplot kedai.

Meet The Grill - tagline Toko Daging

Lokasi Toko Daging ni di area Branch Celcom di Satok atau area Lock Ann atau mana-mana yang korang familiar lah ye. Kalau tak familiar area Satok, waze kan ada. Hehehe.

So far kat sini kita boleh order set dulang atau personal set. Selain western, set nasi kambing bakar pun ada jugak. Hari tu kami ambik set dulang dan set nasi kambing bakar sebab si Kakak nak makan nasik. 

Ni set yang kami ambik RM48. Ok kan? Kami 6 beranak makan pun tak abis, tapau jugak balik umah. Mungkin kalau takde set nasi tu habis kot.

Gravy sedap, marinate sedap, sayur pun sedap. Diorang guna kacang buncis dan carrot. Sedap sangat. Suka!

Selalunya kalau kita makan western mesti minum Coke kan? Kat sini diorang tak jual soft drinks, semua order. Kami order air rasmi kami teh O, Ayah diorang green tea lemon dan air teh bunga ni. Yang uniknya teh bunga kat sini memang letak bunga krisantimum tu, dan rasanya pun tak rasa yang teh bunga selalu, ada rasa organik sikit. Nice!

Gambar dicilok dari Facebook Toko Daging. Menggiurkan tak? Hahaha. Kalau nak jamu mata lagi silalah klik Facebook Toko Daging. Lagi banyak gambar-gambar yang bikin air liur meleleh. Haha.


Next time kalau ada di Kuching, malas nak keluar dari hotel, ye lah nak booking grab lagi, Food Panda pun boleh. Senang kan? Nak lepak ramai-ramai, boleh book awal di www.wasap.my/60168000634/TokoDaging

Last but not least, kami la #imanfamilia. Hihihi. Dan sebenaranya saya takde kaitan pun dengan Toko Daging ni tau. Hehehe. Cuma tak rugi share tempat makan Muslim yang menarik, berpatutan dan cozy.










6 comments:

  1. Best nya daging...terbaik. samalah..saya kalau makan western..mesti dgn air coke...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Western dan coke x dpt dipisahkan 🤣🤣🤣

      Delete
  2. bukan menteri tu kanna paksa letak jawatan ke dgn PM? haishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. Mcm tu lah.. YBM ni x dipandang pn kepakaran akademiknya beliau cuma dipandang terlalu islamic so ramai yg x suka dia

      Delete
  3. rindok mek ngga ktk update salu kinek ehhh. mok ngupok juak update blog tok heehe

    plg kch kelak ingin mek nguja sitok kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bah... Hobi lama yg dihidupkan kembali... Hehehe

      Klak dh try silalah review.. Ne tauk x sama taste kita

      Delete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥