Follow Us @soratemplates

20/07/2020

Tiber

July 20, 2020 1 Komen
Tiber. 

Term budak² hipster zaman sekarang.

Terasa lama jugak tak bukak blog ni. Hari ni buka tetiba nampak banyak pulak orang selongkar post-post lama.


Siapakah gerangannya? Hahaha. Nantilah Kakmim update lagi. Jenguk sekejap je ni. Sekejap lagi ada sharing knowledge session. Kalau free adalah entri hari ni. Kalau senyap je, paham² je lah. See ya. Selamat hari Isnin.

10/07/2020

Di Mana Mask Extenderku?

July 10, 2020 3 Komen
2 minggu dah kot aku carik mask extender bunga-bunga ku itu. Rasanya memang ada simpan tapi kenapa tak jumpa pun bunganya.

Nak dijadikan cerita minggu lepas minggu yang banyak jugaklah kerja nak setel. Sempat memang sempat print keja sekolah #theIMANs tapi balik tetap tak bawak. So kenalah print kat umah kan. Makanya ceritanya bermula begini..

Aku pun on printer macam biasa. Tetiba dia terus printing. Haih haih. Rupanya dia detect kertas yang discan sebelum ni terus jer dia printing 🀦🀦🀦

Tengah printing, kertas jem pulak. Haih eh. So jadilah technician jap nak mengeluarkan kertas yang jem itu. Okay.. Berjaya jugak aku menarik kertas tu. Sehelai je pun yang buat printer jadi error. Setel semua terus resume printing sebelum ni. Masalah pulak bila printer asyik bagitau paper jem takmo proceed print. Pelikkkk... dah jenguk kat dalam tu tapi takde pun kertas yang lekat. Adeh... mati kutu dibuatnya. Terus badmood malam tu, Encik Suami pun tolong jugak, manual dah bukak, tengok kat Youtube pun dah masih jugak takmo print. So hantar servis jer lah jawabnya. 

Tak lama pun hantar servis dalam 2 hari dia dah call balik dah printer dah siap. Tapi masa dia call tak tanya pulak betul ke memang ada dalam tu. Janji ok jer kan.

Bila Encik Suami dah ambik, dia hantar gambar ni.

Gelak jer technician di servis center tu. Huhuhu

Rupanya mask extender yang ku cari itulah penyebab roller printer tu stuck πŸ™ˆ Bukannya ada paper jem pun dalam tu.

06/07/2020

Verify Batu Kristal Swarovski Anda di https://www.crystals-from-swarovski.com/

July 06, 2020 0 Komen
Yuhuuu happy Monday uols!! Kegilaan membeli Ice Watch kembali lagi. Baru minggu lepas rembat Ice Ola, weekend ni rembat Ice Cosmos pulak. πŸ™ˆ 

Reason tak sabar nak rembat new collection ialah senang nak matching kaler baju. Hahaha. Nasib la laki I jenis melayan jek. Malah diberikan galakan yang padu lagi tu. Ye lah I guna duit I sendiri, bukan duit dia. Hihihi.

Mulanya nak beli yang Summer Collection, light purple, dalamnya floral design tapi saiz Medium pulak. Kakmim tak berapa suka pakai jam oversize di tangan sebab tangan jenis kecil jer tetiba plak jam yang lagi besar dari pergelangan tangan. Tak suka... tak sukaaa.

Tetiba mata tertumpu ke arah sesuatu yang bergemerlapan. Jeng jeng jeng! Nasib ada kaler pink!! Sebab memang target nak tambah koleksi untuk matching dengan baju² bertemakan merah & pink. Tadaaa! Kita tengok spec dia dulu ye.

Inilah spesifikasi koleksi terbaru yang telah menawan hati. Ada batu Swarovski tau. So sweettt 😍

Nama collection ni Ice Cosmos - Pink Shades. Glittering gitu kalau kena cahaya sebab ada batu swarovski. Eh, tahukah anda kita boleh semak samada batu swarovki tu tulen ke idok? Pegi je ke website yang ada di tag jam tu.

 Dah try verify kat website tu, so jawapan balasnya seperti di bawah ni.

Haaa... gitchu... kata Kak Lina Pom Pom.

Puas hati dah dapat idaman di hati. Nak memburu koleksi untuk matching baju² hijau pulak sekarang. Hihihi.

Berminat ke dengan Ice Cosmos ni? Cer usha kaler lain pulak manalah tau ada yang berkenan di hati. Kakmim beli ada diskaun 20% + baucer RM50 dan dapat free gift cap Ice Watch lagi. 

Yang mana satu idaman kalbu? Biru ni lawa kan? Memang macam bintang² di angkasaraya sana.

Tengok cap yang #anakno2 pakai tu? Itulah cap free masa beli si Cosmos weekend tu. Hihihi.

Kalau uols terbeli si Ice Cosmos ni, jangan lupa komen kat sini tau!. Hehehe. Bye!

Isterimu Seorang Barber

July 06, 2020 2 Komen
What?? 😱😱 tajuk jer gempaq tu. Itulah salah satu hikmah PKP yang merapatkan bonding famili kita. Siapa setuju PKP makin merapatkan bonding antara kita dan famili??
Biasalah PKP dulu semua lelaki kat umah ni terpaksa berambut panjang. Last² Encik Suami tak tahan dimintanya khidmat Kakmim untuk setel habis rambutnya. Tapi terpaksalah beli shaver rambut tu dulu. Mulanya tak konpiden jugaklah tapi dah try alaaaa senang jer πŸ˜‚πŸ˜‚



#theIMANs yang lelaki ayahnya pulaklah yang projek rambut diorang. Tapi sekarang takdelah rambut berfesyen² semua sepesen je pendek macam polis di pusat latihan πŸ™ŠπŸ˜‚ janji tak ke barber. Encik Suami masih tak berani nak gunting rambut di kedai. Setakat rambut ala polis training ni okay jer Kakmim yang setelkan. Jimatlah bajet gunting rambut setiap bulan πŸ‘

05/07/2020

Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Terung Asam

July 05, 2020 2 Komen
Yuhuuu!! Sejak dah office hour macam biasa ni balik keja, masak pun ala kadar je. Penat je lebih so kena layan penat pun lebih la πŸ˜‚

Sabtu ni tadi plan nak potluck mini gathering kat umah cousin. Plan last minute selalunya memang menjadi.

Kakmim dah takde idea dah nak masak apa. Kebetulan daging salai masih berbaki untuk sekali masak, Kakmim onkan saja untuk masak lemak cili api. Memang blur dah nak masak apa.

Ni kali kedua Kakmim masak daging salai ni untuk tahun 2020 🀣 bulan lepas pun ada buat jugak masa mak & adik² makan² kat umah. Time tu campur rebung. Hari ni Kakmim campur terung asam. Sesetengah orang kat Sarawak ni panggil terung dayak. Tapi rasanya sama je, namanya jer berbeza. Kat Semenanjung macam takde susah nak jumpa kot terung ni. Terung ni bulat, kaler oren dan rasanya masam. Harga memang harga kayangan πŸ˜…

Mula² daging salai tu dipotong nipis sebelum direbus sehingga empuk. Kemudian, rebus dengan cili padi + kunyit hidup yang dah diblend, jangan lupa masukkan serai yang diketuk jugak.

Terung asam tu pun rebus sekali dalam daging sehingga terung asam tu jadi lembut. Bila daging dah empuk, terung dah masak baru masukkan santan, garam dan perasa. Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidang.

Resepi ni tak pakai bawang tau sebab seller yang jual daging ni share resepi mertua dia orang nogori, dia pakai cili padi dan kunyit hidup je. Very the senang maaa. Pejam mata pun boleh buat 🀣🀣

 Kalau suka boleh masukkan daun kunyit πŸ˜‹ makan dengan sambal gesek pedas berapi ni hmm.. Memang berpeluh jawabnya πŸ˜…πŸ˜‹


02/07/2020

Hari pertama persekolahan norma baharu PKPP

July 02, 2020 4 Komen


Akhirnya... setelah 3 bulan bercuti dikawal pergerakan di rumah, budak² prasekolah seluruh Malaysia kembali ke sekolah semalam, 1 Julai 2020 dengan norma baharu.

Pagi² memang agak liat sikit nak bangun awal almaklumlah dah 3 bulan bangun tido sesuka hati diorang nak kecuali masa bulan puasa hari tu je kena bangun bersahur awal.

Tak ready jugak sebenarnya nak hantar sebab terlupa nak prepare barang² yang cikgu suh bawak. Terlupa nak beli beg bawak bekal, towel kecik, nasiblah ada towel kecik kat umah. Yang ada kaler hijau dan pink, nasib takde yang komplen Ibu bagi towel kaler pink. Hihi.

Face shield pun sama. Tak perasan beli yang kaler pink. Ye lah beli main order tengok gambar je bila cikgu bagi gambar masa di PASTI baru tengok budak lain ada yang pakai kaler biru, hihihi. 

So far semalam semuanya berjalan lancar. Siap dapat hadiah lagi sebab dah siapkan homework masa PKP.

Bertahan jugak rupanya dia berfaceshield di sekolah.


Unboxing hadiah dari cikgu.


Semalam

Hari ini

Hari ini semangat dah sekolah sebab minggu depan kakak pun akan ke sekolah jugak. Hihihi.