Follow Us @soratemplates

06/07/2020

Verify Batu Kristal Swarovski Anda di https://www.crystals-from-swarovski.com/

Yuhuuu happy Monday uols!! Kegilaan membeli Ice Watch kembali lagi. Baru minggu lepas rembat Ice Ola, weekend ni rembat Ice Cosmos pulak. 🙈 

Reason tak sabar nak rembat new collection ialah senang nak matching kaler baju. Hahaha. Nasib la laki I jenis melayan jek. Malah diberikan galakan yang padu lagi tu. Ye lah I guna duit I sendiri, bukan duit dia. Hihihi.

Mulanya nak beli yang Summer Collection, light purple, dalamnya floral design tapi saiz Medium pulak. Kakmim tak berapa suka pakai jam oversize di tangan sebab tangan jenis kecil jer tetiba plak jam yang lagi besar dari pergelangan tangan. Tak suka... tak sukaaa.

Tetiba mata tertumpu ke arah sesuatu yang bergemerlapan. Jeng jeng jeng! Nasib ada kaler pink!! Sebab memang target nak tambah koleksi untuk matching dengan baju² bertemakan merah & pink. Tadaaa! Kita tengok spec dia dulu ye.

Inilah spesifikasi koleksi terbaru yang telah menawan hati. Ada batu Swarovski tau. So sweettt 😍

Nama collection ni Ice Cosmos - Pink Shades. Glittering gitu kalau kena cahaya sebab ada batu swarovski. Eh, tahukah anda kita boleh semak samada batu swarovki tu tulen ke idok? Pegi je ke website yang ada di tag jam tu.

 Dah try verify kat website tu, so jawapan balasnya seperti di bawah ni.

Haaa... gitchu... kata Kak Lina Pom Pom.

Puas hati dah dapat idaman di hati. Nak memburu koleksi untuk matching baju² hijau pulak sekarang. Hihihi.

Berminat ke dengan Ice Cosmos ni? Cer usha kaler lain pulak manalah tau ada yang berkenan di hati. Kakmim beli ada diskaun 20% + baucer RM50 dan dapat free gift cap Ice Watch lagi. 

Yang mana satu idaman kalbu? Biru ni lawa kan? Memang macam bintang² di angkasaraya sana.

Tengok cap yang #anakno2 pakai tu? Itulah cap free masa beli si Cosmos weekend tu. Hihihi.

Kalau uols terbeli si Ice Cosmos ni, jangan lupa komen kat sini tau!. Hehehe. Bye!

No comments:

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥