Pages

11 October 2020

APA LAGI YANG LEBIH MEMBAHAGIAKAN

Penantian saya bakal berakhir gais. Ada yang nak tempah ke? Er, tempah apa? 😉

Ini haaa. Naskah buku Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan yang bakal terbit tak lama lagi! Cover dah release dah pada tarikh keramat 10.10.2020. Seharian ni geng-geng penulis semua sibuk update di FB masing-masing tentang ALYLM ni. Tipulah kalau tak excited sebab 1st time kan. Sebelum ni ada juga penulisan ilmiah yang diterbitkan (dibaca: untuk tujuan kenaikan pangkat) tapi untuk penulisan kreatif, inilah yang pertama. Ibarat nak bersalin anak sulung gitu feelingnya.

Sebenarnya saya memang suka menulis sejak dari bangku sekolah lagi. Masa di sekolah menengah saya pernah buat cerpen, tapi nak dikatakan cerpan pun boleh jugak kot sebab boleh tahan panjang jugaklah ceritanya cuma belum setaraf novel lagi lah. Saya ingat lagi time tu saya tulis dalam buku latihan sekolah yang tak habis jer. Lepas tulis, saya sembunyikan. Entah bagaimana adik saya pernah terjumpa buku yang ada cerpan tu lalu terus dibacanya. Adoi.. segan nak mati!! Terus saya marah-marah adik saya dan lepas tu saya pun buang buku latihan yang ada cerpan tu. Kah kah kah! Sampai macam tu sekali ye. Kesian pulak, cerpan yang tak berdosa tu jadi mangsa pulak. Dan lepas tu saya dah tak menulis lagi dah. Cuma menulis untuk BM SPM jer. Sampailah saya dapat 1 untuk BM. Ya, saya SPM 1998 masih guna agregat lagi. Masa form 4, 1st test BM saya pernah gagal dan sejak itu saya request dekat bapak nak tusyen BM. Dan sejak itu memang saya target BM mesti dapat 1 walaupun sepanjang ujian BM masa form 4 dan form 5 susah betul nak score A untuk BM. Eh, cerita zaman SPM pulak.

Sebenarnya susah jugak saya nak mula menulis untuk ALYLM ni. Mungkin tak terbiasa kot. Kalau menulis di blog, lain lah, memang tak sama rasanya dengan menulis secara formal ni. Tapi saya cuba jugak lah. Mungkin penulisan saya antara yang tak best dalam ALYLM tu tapi takpe, kalau tak cuba kita takkan bermula ye dok? Manalah tau ini akan terus menjadi pendorong kepada saya untuk serius menulis, bukan setakat menaip untuk blog sahaja.

Apa yang saya sumbangkan di ALYLM? 

Ala.. kisah biasa je. Ayat pun rasanya straight to the point je. Saya buat macam update blog je. Hihihi. Mungkin saya lebih serasi dengan penulisan macam di blog kot. Takpe, lepas ni saya akan terus belajar dan membaca. Insya Allah. Kalau nak tau, boleh jer nak tempah sekarang.

Dengar cerita banyak jugak penyertaan ALYLM ni. Sebab tu sampai ada 3 Bahagia tu. Tapi kan tulisan saya belum tau lagi di Bahagia yang mana 1. Adakah 1 atau 2 atau 3?

APA sebenarnya ALYLM ni? 

Oh, ini merupakan projek antologi coretan rakyat Malaysia Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan (ALYLM) yang menghimpunkan coretan dan catatan rakyat Malaysia berkaitan Covid 19 dan juga PKP. So semua kisah dalam ALYLM ni semestinya berkisahkan Covid-19 dan PKP. Bukan coretan sorang jer tapi beratus coretan dan catatan dari rakyat Malaysia. Rasanya ada jugak penyertaan dari Singapura dan Brunei jugak. Nantilah kalau buku dah sampai di tangan nanti, saya cerita lagi k.

Semoga kita semua bahagia hari ini, esok dan selamanya. Kerana.. bahagia itu boleh dicari dan diusahakan. Betul tak?


8 comments:

  1. nanti dah release beritahu ya, nak beli :)

    ReplyDelete
  2. wahh tahniahnye kak mim ., moga terus rajin menulis., aminn

    ReplyDelete
  3. Tq wak.. insyalllah.. doakan terus istiqamah ye

    ReplyDelete
  4. wahhh tahniah!!! keep on writing ;-)

    ReplyDelete
  5. Datang dari entry Menunggu Bahagia 1. Mesti menarik antologi ni. Tentang hikmah di sebalik covid. PKP and pandemik ni actually buatkan kita lebih menghargai banyak benda sekeliling kita

    ReplyDelete
  6. Wah! Tahniah. Diam-diam ubi berisi, diam-diam dia menulis heheee.

    ReplyDelete

Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Tahniah tau kerana jadi orang yang terbaik. Terima kasih juga kerana komen yang baik-baik.