Follow Us @soratemplates

01/10/2020

Bila Internet Down

Semalam seharian internet down di ofis... macam ada hardware jer rosak rasanya. 2 hari 2 malam dah kontraktor berkampung di bilik server tu. Pagi ni baru setel..

Bila internet down terasa putus nyawa sekejap. Ye lah dah LAN pun problem nak print keja pun tak boleh. Nasib baiklah untuk kelas semalam aku dah siap print semua amali dan tugasan, tinggal nak masuk kelas je.

Bila dah masuk kelas, sebelum ni bawak fail jer, slides semua dah simpan dalam drive. Tapi bila dah offline nak access drive pun tak boleh, semalam terpaksa jugak la cucuk pendrive. di pc lab. Hehehe. 

Macam tu lah agaknya kalau henpon takde data ye. Mengharapkan wifi tapi tak semua tempat ada wifi. Hmmm... bila internet dah jadi satu keperluan sekarang, bukan pilihan.


Semalam ada 1 kelas jer. So target semalam nak setelkan keja management, nak key in data dalam sistem. Bila dah internet down, memang tergendalalah KPI semalam. Dah la hari ni dah 1 Oktober, dah masuk bulan baru. Kalau setel semalam, cantik sikitlah data bulan lepas. Hmm...

Itulah kita hanya merancang. Apapun jom kita start bekerja.


No comments:

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥