Staycation dengan Agoda VIP Gold

Staycation? Kalau sebut jer staycation mesti imagine tido hotel kan? Ataupun homestay. Kalau vacation, kita jalan-jalan tapi staycation, memang mereput je lah jawabnya. Kah kah.

Hmm.. Siapa yang excited bila tido hotel? Diorang ni la. Walaupun si kakak ada takut-takut sebab Covid katanya.

 

Actually memang dah lama jugak tak staycation dengan diorang ni. Ye lah dah musim Covid ni siapa yang berani nak check in hotel bagai. Hotel pun tempat PUI kuarantin dulu. Tapi mengenangkan diorang ni, booking jugaklah dari Agoda hari tu setelah sekian lama Agoda terbiar begitu sahaja. Last bukak Agoda hati tu pun bulan Februari hari tu.

Bila dah lama tak bukak Agoda, terkejut jugak hari tu tengok dah tukar status ke VIP Gold. Taktaulah dah lama tukar ke tapi tak pernah perasan, wallahu alam. Kah kah kah.


Aktif berAgoda ni bila PJJ hari tu. Selalu kalau ke sana, selalu check in sebelum atau selepas hadir tugasan rasmi. Lepas tu kalau bawak budak-budak ni pun kalau tak Agoda si ibu, Agoda si ayah lah untuk booking hotel. Pernah jugak husband booking hotel yang telah disita. Pusing-pusing jer cari hotel memang betul dah alamat yang kami pergi tapi dah tak beroperasi. Tapi hotel baru lagi. Hahaha. Itulah kenangan dengan budak-budak 4 orang ni. Sampai sekarang pun diorang masih ingat kes hotel tu.

Last weekend tu kitorang check in ke Grand Margharita je. Bukan first time kat sini, berkali-kali jugak dah. Kat sini swimming poolnya best yang untuk kids tu tapi dah agak dah zaman Covid ni pool tak bukak. Pilihan room pun memang selalu ambik yang river view. Suka tengok kampung-kampung di seberang hotel tu.

Permandangan dari bilik kami, nampak tak Kampung Boyan di seberang tu. Seberang tu dah area Petra Jaya. Nak ke sana naik sampan lah yang paling cepat. Tambang 50 sen je. Selalu kalau bawak pelancong nak beli kek lapis di area Kampung Boyan tu sukalah bawak naik sampan. Biar merasa sikit pengalaman naik sampan. Hihihi.

Oh ya, masa kami staycation hari tu cuaca memang agak tak sporting. Sekarang ni kan memang musim hujan sebelah petang dah petang tu pun hujan. Tengoklah awan kumulonimbus yang berkepul-kepul tu. Plan nak jalan-jalan ke Waterfront pun tergendala sebab bila dah hujan kemalasan pun melanda. Budak 4 orang ni pun syok jer main kat bilik. Siap berendam dalam bath tub lagi diorang. Nak mandi swimming pool tak boleh, sebab tu jugak suka kat sini sebab ada bath tub.

Bilik tak berubah dari dulu lagi. Memang macam ni je. Hehehe.

Pool untuk budak tak nampak pulak. Malam-malam meriah jugak orang dinner kat bawah tu. Kami order grab food jer. Macam tak berbaloi jer nak bayar mahal buffet dinner kat bawah tu dengan budak-budak yang memilih bab makan. Alasan diorang, kamek suka makan masakan ibu ajak. Hmm... alasan yang buat ibu tak jadi nak marah.

Eh, lupa pulak tunjuk bath tub tempat diorang ni berendam sakan. Sukati korang lah nak. Hehehe.

Nampak gaya tahun 2020 ni memang macam tu je. Tak bebas ke mana, tak boleh jugak nak ke mana-mana. Hari ni sepatutnya saya kena fly ke JB, ada kursus. Dah mintak permisi bos, tak pergi sebab risau Covid ni la tambah lagi Sarawak dah ada tatacara baru untuk kemasukan ke Sarawak bermula semalam. Kalau pergi jugak ke JB, balik nanti kena kuarantin 14 hari, kursusnya 3 hari je. Alahai dah terbuang masa kat situ demi kursus 3 hari. Nasibbaiklah hari Jumaat hari tu urusetia kursus pm tepi bagitau peserta dari Sarawak tak perlu hadir. Yeay! Alhamdulillah. JB pun ada kluster dari Sabah tu tau. Belum lagi kalau dalam flight, kebarangkalian terdedah dengan individu yang dah terjangkiti Covid tu memang tinggi. Nasib jugaklah urusetia tak izinkan kami pergi. Er, tapi kursus tu tetap on tau. Pelik jugak sebab ada beberapa bengkel/kursus yang suppose proceed dalam minggu ni dah ditangguhkan. Mungkin dah komit dengan pembayaran hotel lah kot.

Bila dapat mesej ni takdelah rasa bersalah sangat tak hadir sebab saya dah hantar surat pengesahan hadir kursus sebelum tu. Hehehehe

Eh, bercampur-aduk pulak ceritanya. Hahaha. Janji update sebab hari Isnin jer ada masa free sikit. Besok lusa dah sibuk kelas.










Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form