Follow Us @soratemplates

19/10/2020

Set Rim Pilihan Ialah..


Setelah puas meriki dari 1 kedai ke 1 kedai akhirnya kami telah decide untuk menerima offer dari tauke yang 1st sekali Encik Husband riki sebaik sahaja kes tayar sekali dengan rim keretanya hilang pada hari Khamis lepas.

Cabaran terbesar kami ialah tayar kereta Hankook tu belum banyak ada kedai yang supply dan juga saiz tayar 15 tu juga menyebabkan tayar tersebut agak rare. Bak kata tauke yang kami riki, belum banyak kereta yang pakai saiz tu. Bezza dan Myvi baru jer pakai saiz tu. Baiklah..

Cabaran lain pulak ialah memang susah nak beli 1 rim sahaja. So kena jugak tukar 1 set rim. Kalau nak beli set original untuk Bezza di pusat servis Perodua, harga 1 rim sahaja dah rm560 okay. Tayar pulak 200 lebih. Kalau total dah boleh dapat 1 set rim yang baru di kedai biasa.

So kami decide macam tu lah. Muktamad. Tukar 1 set rim dan beli 1 tayar Hankook yang baru. Rim original Bezza tu pulak tolak je kat kedai. Nak jual sendiri pun susah kot nak jual 3 rim je. Yang penting tak tengok dah rim ori tu. Sedih la wey! Kenangan pahit gitu. 

Kita abadikan kenangan rim Bezza yang ori tu di sini. Untuk tatapan dan kenangan nanti-nanti. 

Ini set rim yang ori. Not bad kan? Kalau boleh memang takmo tukar. Memandangkan nasib yang tak menyebelahi dan sebijik tayar sekali dengan rim pun dah dikebas, akhirnya Puan Isteri dengan kuasa muktamadnya telah memilih set rim yang ini:

Hensem tak? Hensem tak? Hehehehe.

Kebetulan list merah tu matching pulak dengan kaler bodynya, haruslah Kakmim is tergoda. Terasa sayang pulak nak bawak keja ke hospital tu. Maklumlah parking kat hospital tu hmm..

Kalau Kakmim ni nak bawak takut tak pass pulak nak reverse parking kat Kolej tu. Kena practise dulu kot barulah perfect gitu. Tak kompiden plak nak bawak keta Sedan ni.

Semoga takde pisang berbuah berkali-kali. Ni bukan kali pertama kes kecurian yang melibatkan Encik Husband dan tempat kerjanya. Dulu masa kat klinik pernah jugak kereta kena pecah cermin sebelah passenger. Apa yang hilang? Spec hitam jer. TU pun letak dalam dashboard, dah takde benda lain nak curi lah tu. Tepuk dahi sungguhlah. Sedih jugak time tu sebab itulah set spec hitam couple yang kami beli sama. Memang nasib tak berapa bestlah bila tempat parking keja sekali dengan parking awam. Kebarangkalian kena curi or kena pecah ni memang tinggi.

It’s okay, takpe. Kita ambil yang jernih-jernih aje. Mesti ada hikmahnya nanti. Kita bersangka baik dengan Allah k. Tadaaaa~





8 comments:

  1. Aduh sampai hati dorang curi barang orang

    Moga Allah lindungi kak mim sekeluarga

    ReplyDelete
  2. alahaii..ada juga yang macam ni. moga kakmim tabah menghadapi ujian ni.

    ReplyDelete
  3. Insya Allah sis Yatt... dah boleh move on dah.. hehe.. dh bukan rezeki nk buat camne kan?

    ReplyDelete
  4. Adoi.. memang bukan rezeki namanya tu..

    Tapi.. Tapi.. Cantik pula rim baru tu.. memang matching habis..

    ReplyDelete
  5. Takde kerja betul yg mencuri tu.. Tp mmg Hansen lah yg baru ni...matching2 dengan body

    ReplyDelete
  6. teringin nak tukar rim kereta tapi nanti lahhh...tunggu ada rezeki lebih dan tunggu beli kereta baru dulu..alang2..ahaha

    ReplyDelete
  7. Hensem betul rim baru. Memang kena dengan body merah tu.

    If banyak kes curi dan berterusan, harap² ada pihak bertanggungjawab memantau kat situ supaya tak ada kes kecurian berlaku lagi.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥