Follow Us @soratemplates

18/10/2020

Noms - Cafe Hipster Tumpuan Gen Z

Sebulan sekali Kakmim dan husband pasti akan mohon cuti bersama dan uruskan apa yang patut diuruskan. Sesambil tu dapat jugak husband & wife bonding. Biasalah kena bijak mengatur strategi kan?

Kebetulan hari tu kami cuti untuk meriki dan membeli tayar dan rim kereta yang telah dicuri hari tu. Bila dah setel semua barulah ada selera nak lepak-lepak dating.

Bila dating macam ni, takde anak-anak bolehlah try tempat yang tak pernah dikunjungi bersama #theImans. Kata dating kan? Wajiblah tempat yang rare ๐Ÿ˜‚

Pilihan kami hari tu ialah Noms. Nice jugak environment untuk dating dan lepak-lepak kat sini. 


Kat Noms ni memang menu omputeh jer semua. Takde nasik or mee. Kalau pasta, ada. Signature menu kat sini f courselah sandwichnya. Menu gen Z sangat kan? Masa kami lepak hari tu pun takde yang baya-baya kami. Semuanya gen Z. Kakmim dan husband jer perasan muda ๐Ÿ˜‚

Kami order set grilled mac & cheese with beef becon sandwich ni dan jugak sticky chicken wing. Not bad, kenyang jugak la. Serius tak habis, terpaksa tapau chicken wing tu.

Nak kata mabeles sangat takdelah jugak tapi berbaloi untuk lepak-lepak sambil dating. 


Ini pulak deco dalam wash room. Sempat jugak kau hakak menyelinap masuk sekali lagi semata-mata nak ambik gambo ni. Suka sangat sebab semua customised kat sini. Memang nampaklah owner Noms ni memang well-planned untuk serius run bisnes fastfood Noms ni.

Untuk yang di Kuching, Noms Signature ada di Jalan Tun Jugah dan jugak Metrocity Matang. 

Dan yang nak follow Noms di IG bolehlah search @nomsmalaysia ๐Ÿ‘๐Ÿป

#notakakmim: Ini bukan iklan berbayar tau! Kah kah.









3 comments:

  1. Suka juga masuk cafe hipster sekali sekala. Cantik decor cafe ni. Nice lah. Menu pun nampak sedap dan rare lah pada saya yang sandwich tu.

    ReplyDelete
  2. Betol.. deco santai jer tp classy.. kalau mlm main lg dgn lighting.. nk bergambar sakan segan pulak.. hihihi

    ReplyDelete
  3. Sesekali lepak cafe gini, menarik juga.. Deko cantik, makanan not bad..

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥