Jadi PS Ice Watch

Alhamdulillah, Kuching dah bertukar dari zon Merah ke zon kuning dan PKPB untuk Kuching juga telah ditamatkan pada 11.59 malam 27 November yang lalu. Sekarang Kuching kembali ke status PKPP dah. Semoga takde lagi dah muncul kluster-kluster baru lepas ni.

Kakmim sebenarnya jenis suka shopping barang kat Aeon. Tapi memandangkan adik-adik Kakmim nak beli jam Ice Watch so kami pun pergi ke Viva City. Semalam Kakmim jadi personal shopper je. Sampai je kat situ, tanya jam yang adik nak lepas tu yang sorang lagi baru nak memilih so kita berfacetime lah tunjuk jam-jam yang display. Oh ya, Ice Watch ada YES tau, seluruh Malaysia tapi belum ada new collection. Kakmim tunggu new collection sebenarnya sebab tu tak mendapat pun untuk diri sendiri semalam.

Ini haa... jam budak 2 orang dah sampai ke pangkuan masing-masing.

Sorang nak pink, sorang nak turqoise.

Yang best beli Ice Watch selalu ada free gift. Dulu dah dapat cap sekarang dapat t-shirt pulak.

Seronok jugak jadi personal shopper ni. Terasa shopping untuk diri sendiri jugak walaupun sebenarnya kita tolong belikan untuk orang je.

Sebenarnya...

Kakmim ada target 1 color lagi untuk Ice Watch tapi tu lah rasa nak beli smart watch pun ada. Sebelum ni pakai smart watch Encik Suami jer sebab tu masih berfikir-fikir lagi ni. Nasib baiklah belum sampai tahap kemaruk lagi sebab tu masih lagi dapat KIV rasa membeli tu. Hihi.

Upah jadi PS semalam, Kakmim belanja diri sendiri dengan 2 buku ni je. Upah PS Ice Watch FOC je sebenarnya. Hahaha!






Post a Comment

10 Comments

  1. SA sellau jadi PS untuk body mist dan perfume..memang selalu untuk adik2 jugak...

    ReplyDelete
  2. Menarik buku2 yg kakmim grab ni..

    Jam Ice watch..cantik..tp kn shida kurang minat jam besar2 hehee ^_^

    ReplyDelete
  3. So far mmg menarik.. hehehe.. boleh kenal ciri2 introvert vs extrovert based on daily situation 😅

    Ice watch ni ada size.. kakmim pakai yg small je.. juat nice utk tgn kecik.. hihi.. kalo medium mmg besar

    ReplyDelete
  4. hope sngt kuching lepas ni zon hijau terus kan ... haih bila la covid ni nak over nth

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah... semoga negeri² lain pun bertukar status jugak ke kuning dan seterusnya hijau

      Delete
  5. Alhamdulillah dah bebas PKPB. sini je masih PKPB. huhu
    bestnya kakmim membeli ice watch.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong beli je.. bkn kakmim punya... hehehe

      Delete
  6. ice watch saya suka tngk sbb colourful tp x minat nak beli..
    kalo yang suka kumpul jam mmg suka kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. once dh beli terasa nk collect semua kaler.. boleh pakai ikut kaler baju.. hihi

      Delete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥