Kopi O Ah Huat

 

Hari ni setelah beberapa minggu terkurung di rumah, Kakmim dan Encik Suami mencemarkan duli ke Aeon Mall. Tujuannya nak beli pakaian basahan #theIMANs je. Tapi bila dah ke Aeon tak sah kalau tak ke supermarket kan? Kebetulannya pulak Encik Suami nak cari kopi sebab dah jemu dah asyik minum teh O. Baiklah.

So misi mencari kopi pun bermula setelah selesai urusan di Kids Department. Di supermarket kami membelek-belek bungkusan kopi dari satu rak ke satu rak yang lain. Kakmim tak suggest kopi 3 in 1. Ye lah semua pun tau keburukan 3 in 1 kan? Kakmim cadangkan kopi Anggerek sebab macam legend je tapi dia taknak sebab perlu bancuh sendiri kemudian nak kena tapis lagi. Baiklah. Kakmim capai pulak kopi Tenom. Macam diterima cadangannya tapi tiba-tiba  Kakmim ternampak pulak kopi Ah Huat. Eh, ni macam kopi yang Syaz minum hari tu. Syaz review kata kopi Ah Huat ni sedap so Kakmim suggest kopi Ah Huat kat Encik Suami. Dan dia setuju, terus tak jadi ambik kopi Tenom. Yang bestnya kopi Ah Huat ni jenis sachet, takde gula. Nak manis boleh tambah gula sendiri. Hanya tambah air panas je lah. Macam tu jer mudahnya nak buat kopi O Ah Huat.

Bila sampai kat rumah tak sabar suruh Encik Suami try. FYI, Kakmim tak minum kopi. Layankan Encik Suami jer. Bila dia masukkan air panas dalam mug yang ada sachet kopi Ah Huat tu.. hmm... bau kopi dah menusuk hidung. Sedap betul aroma kopinya.

Apa kata Encik Suami? Sedap! Rasanya macam kopi kisar yang selalu mak beli. Yes! Baguslah. Tak perlu Kakmim buatkan dia kopi, buat sendiri je. Bukak sachet, tekan air panas Cuckoo dah boleh minum. Kalau guna kopi kisar tu kompomlah Kakmim kena buat. Kalau biarkan dia buat sendiri entah-entah dia tak tapis kerak kopi tu. 

2-3 bulan ni memang Encik Suami nak mencari coffee maker je tapi Kakmim layan tak layan je. Kakmim tetap dengan pendirian Kakmim. Tunggu rumah baru, baru beli. Muktamad, titik.

Post a Comment

4 Comments

  1. Dah jadi peminat kopi Ah Huat pulak ye. Suka bau aroma kopi di pagi hari. Rasa segar.

    ReplyDelete
  2. hahahah atie tgk kak syaz review hari tu ni kakmim pulak hehehe

    ReplyDelete
  3. kopi macam ni mak saya suka ni.. pekat itam cemni..
    saya tak gemar kuppi so mak je minom..

    ReplyDelete
  4. kopi macam ni memang sedap. pekat.itam. suami pun suka

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥