Kelebihan Green Tea

Kononnya nak kurangkan minum minuman manis. 

.

.

.



Maka Kakmim cuba nak amalkan minum green tea pulak. Sebenarnya Kakmim bukanlah penggemar green tea kecuali yang di Sushi King je. Tapi kerana nak jaga kesihatan (kononnyalah), saya cuba. Ya, saya cuba!! 


Pilihannya ialah Dilmah Green Tea - Moroccan Mint!

Kenapa Dilmah? Entahlah.. sebab kerana ada mint ni kot. Rasanya semestinya rasa green tea tapi ada aroma mint tu.. suka! Aroma mintnya kuat dan wangi. Ya, saya cuba.


Saya cuba untuk kurangkan minuman bergula. Semoga diriku istiqamah. Doakan ye.


Apa kata kita baca jugak kelebihan green tea atau teh hijau ni.

.

.

.

1. Bahan-bahan bioaktif yang terdapat pada daun teh hijau kekal walaupun ia berubah menjadi air minuman anda. Jadi, air yang anda minum mempunyai banyak nutrien penting yang wujud dalam daun teh yang asal.

2. Teh hijau merupakan antioksidan yang amat bagus. Ia diperolehi daripada kandungan polifenol di dalamnya.

3. Nutrien yang terdapat di dalam teh hijau melindungi sel dan molekul dari kerosakan. Jadi, anda dilindungi daripada penyakit dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada kulit wajah anda juga berkurang atau hilang.

4. Pastikan anda memilih teh hijau yang berkualiti kerana teh hijau yang tidak berkualiti biasanya mengandungi flourida yang berlebihan. Walaupun begitu, kebaikan yang ada dalam teh hijau berkualiti rendah masih tinggi.

5. Teh hijau mengandungi kafein yang kita tahu bertindak sebagai perangsang. Kandungannya tidaklah sebanyak yang ditemui di dalam kopi tapi cukup untuk memberikan kesan.

6. Kafein memperbaiki beberapa fungsi otak seperti memperbaiki mood, jangka masa tindak balas dan memori.

7. Selain kafein, ia juga mengandungi asid amino L-theanine yang memangkah halangan darah ke otak.

8. Theanine juga menyumbang kepada rasa tenang yang baik bagi mereka yang mengalami tekanan.

9. Kombinasi kafein dan l-theanine membantu dalam memperbaiki fungsi otak.

10.Ramai mengatakan yang meminum teh hijau memberikan tenaga yang stabil dan lebih produktif berbanding apabila mereka meminum kopi.

11.Kajian menunjukkan bahawa teh hijau membakar lemak serta meningkatkan kadar penggunaan tenaga.

12.Peningkatan kadar metabolisme selepas meminum teh hijau adalah bergantung kepada individu.

13.Perkembangan sel yang tidak terkawal adalah punca seseorang diserang penyakit kanser. Kerosakan oksidatif menyumbang kepada perkembangan kanser. Di sinilah teh hijau yang bertindak sebagai aktioksidan menjalankan fungsinya melindungi anda daripada risiko diserang kanser.

14.Antioksidan dalam teh hijau mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 22%, kanser prostat sebanyak 48%, dan kanser kolorektal sebanyak 57%.

15.Mencampurkan susu dalam teh hijau akan mengurangkan nilai antioksidan. Oleh itu, elakkan minum teh hijau bersama susu.

16. Alzhemeir dan Parkinson merupakan penyakit yang berpunca dari otak. Biasanya ia menyerang warga tua. Katekin di dalam teh hijau memberikan perlindungan ke atas neuron, sekaligus merendahkan risiko alzhemeir dan Parkinson.

17. Katekin boleh membunuh bakteria dan virus seperti influenza. Ini mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

18. Katekin juga meningkatkan kesihatan gigi di samping mengurangkan masalah bau nafas.

19. Teh hijau mengurangkan risiko diabetes jenis ke 2 sebanyak 42%. Diabetes Jenis ke 2 adalah di mana kandungan gula dalam darah amat tinggi dan menolak insulin atau tidak mampu menghasilkan insulin. Teh hijau memperbaiki kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.

20.Mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap diabetes.

21.Teh hijau mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok sebanyak 31%.

Kredit: https://bidadari.my/kebaikan-teh-hijau/




18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Betul kak..shida pun suka minum green tea..minum panas2 fuh! nikmat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejok pn sedappp... freshhh jer rasa 🤭🤭

      Delete
  2. Moga terus istiqamah dalam usaha kurangkan minuman manis. Memulakan itu agak sukar sedikit, tapi akan menjadi mudah apabila menjadi kebiasaan.

    ReplyDelete
  3. Memang bagus amalkan green tea. Eina pun ada ambil hari2. Jarang sangat dah minum air manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. bagusnya eina... kakmim masih jugak minum air manis selang sehari skrg

      Delete
  4. jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka kalau ada rasa mint2

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat bab air green tea sushi king je lepas. Haha. Eza pun selalu order green tea supaya save bajet sikit untuk sushi-sushi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan mkn sushi dgn green tea... kalo x minum green tea ms mkn sushi x best pulak rasanya mcm kurang je

      Delete
  7. green ni tlg bg kita tidur dgn ok juga kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. patut la sejak minum green tea ni senang sgt akak nk tdo mlm atie.. deep sleep pulak tu.. best!

      Delete
  8. Semoga istiqomah kak. Saya suka rasa green tea kelat kelat manja tu. tapi itulah rasa kopi lebih kuat mengatasi green tea tu. Aduhaiii..nak maintain kurus juga kononnya ni. tapi kelaut dalam sangat dah ni.

    Macam sedap juga yang dilmah ni ada aroma mint. Mesti lagi sedap kot kan. Tak pernah rasa lagi green tea with mint. Anyway, Goodluck kakmim!

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far x istiqamah lg.. susah nk mula ni... byk cabaran.. hehhehe

      Delete
  9. Macam menarik ada aroma mint tu. Cik TK pun suka juga minum air teh hijau walau tak kerap. Flavour teh hijau ni sedap. Tak kira yang dalam susu, latte, aiskrim, coklat dll.

    ReplyDelete
  10. nak minum, tapi tak pandai nak bancuh. penah dapat yg serbuk. sampai setahun dok simpan. minum kat gerai depa campoq susu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form