Top Commentator - November 2020

Bismillahirrahmanirrahim..


Buat pertama kalinya Kakmim nak announce top commentator untuk blog Monolog Kakmim sejak Kakmim mula aktif berblog balik sejak Julai/Ogos hari tu. Alhamdulillah, ada jugak kawan-kawan baru yang sudi baca blog Kakmim yang tak seberapa ni. Terharu!


Pada mulanya Kakmim nak update blog saja-saja je sebab memang dah azam awal tahun 2020 ni untuk aktifkan blog balik. Tapi tak terjangka pulak sejak aktif dan dapat ramai kawan-kawan baru terus excited pulak nak update blog setiap hari. Setiap hari Kakmim akan tertunggu-tunggu update terbaru dari blog kawan-kawan lain. Tambahan lagi ada jugak siri cerpen yang terkait dari 1 entri ke entri yang lain. Seronok! FB personal sekarang memang dah jarang dah nak scroll kecuali nak tengok gambar-gambar dari Memories je. IG tu masih jugak la scroll tengok-tengok gambar.


Oleh itu buat pertama kalinya Kakmim nak bagi sedikit penghargaan kepada pemblog yang selalu komen bertalu-talu di sini. Nanti emailkan address korang kat Kakmim ye. Email kat mfaizura@gmail.com tau!


Jeng jeng jeng!! Tak surprise pun sebab boleh jer tengok kat kiri side bar tu kan. Hehe! Mereka yang bertuah untuk julung-julung kalinya pada tahun 2020 ni ialah pemblog seperti di bawah ni. Jangan lupa tau email alamat postage ke email Kakmim. Wajib!



Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemilik Blog Sihatimerahjambu atau Fiza si graphic designer ni yang telah berjaya mengungguli carta top 5 kerana rajin spam komen di setiap entri Kakmim. Setiap entri Kakmim dia baca dan komen kot. Terharu sangat. Auwch! Thank you Fiza.


Senarai nama pemblog di atas ni wajib email Kakmim ya!!


Kepada kawan-kawan pemblog yang lain juga Kakmim nak ucapkan terima kasih jugak kerana sudi bertandang di blog Kakmim ni dan juga bagi respon walaupun takde review, takde resepi, takde contest, takde apa pun... cuma cerita peribadi dan anak-anak je. Terima kasih banyak-banyak tau. Semoga ukhwah kita tidak akan terhenti di sini sahaja.


Walaupun kita jauh di mata tapi tetap dekat di alam blog kan? Doakan Kakmim akan terus istiqamah untuk terus berblog sehingga tahun-tahun yang mendatang dan sentiasa istiqamah blogwalking ke blogsphere ni untuk meneruskan ukhwah maya yang telah terjalin. Insya Allah.. aminnn.

10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Mudah-mudahan terus aktif berblog. Ada juak kawan dari sarawak. Haha...

    Apa² pun tahniah buat top komentar. 😊

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada senarai top komen blog kakmim :)

    kakmim kita sama la..shida pn baru je aktif semula bulan julai ritu ^_^

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada barisan 5 top commentor blog Kak Min. Rezeki jangan ditolak. Happy blogging ya Kak Min. :)

    ReplyDelete
  4. Hahaha btul laaa kita pun dh lama x berblog.. Kemalasan melanda cuma lately ni je terajin, itu pun sebab kena keje dari rumah so byk la sket masa nk ngadap blog hahaha..

    ReplyDelete
  5. wah, nama atie tersenarai.. thank you kak min :)
    keep rajin blogging tau sbb atie akan sentiasa muncul di ruang comment :)
    and betul, fb dah tak bukak juga sbb fb tak best

    ReplyDelete
  6. Eh... termasuk sini, ternampak pulak ada nama kita hihihiiii!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. kita suka baca, kita komen. gitu..hihi
    Tahniah untuk semua. Teruskan menulis kakmim. jangan sepi lagi tau!
    Terima kasih banyak-banyak kakmim. sorry 2-3 hari ni tak menjengah tak sempat response bagi email. Harini baru sempat nak sambung blogwalking pun.

    ReplyDelete
  8. Wah tahniah kepada semua yang tersenarai!!

    ReplyDelete
  9. Saya betul2 terlepas entry ni, maaf kakmim! Tenkiu kakmim!

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada semua yang tersenarai..😊

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form