Rahsia Air Tangan Ibu

Saya jarang nak share resepi masakan di sini. Tau tak kenapa? 
Kerana saya bukanlah tukang masak yang hebat. Aha! Jangan gelak.




Saya cuma suka share gambar-gambar menu yang saya masak di IG je. Semestinya tak ada resepi. Tau tak kenapa? Kerana saya masak ikut naluri hati saya je. Aha! Tolonglah gelak.

Pernah dulu kami di ofis potluck Laksa Sarawak. So seorang akan bawak sejenis bahan-bahan untuk melengkapkan 1 hidangan Laksa Sarawak.

Selalunya kalau Laksa Sarawak bahan-bahan yang wajib ada mestilah kuah laksa, meehoon, isi ayam yang dicarik, telur dadar dipotong halus, limau kasturi, sambal belacan, udang yang direbus, tauge dan daun ketumbar.

Laksa Sarawak masa makan kat kedai


Kebetulannya saya perlu bawak sambal belacan jer. Okay senang jer. Sambal jer pun kan?

Bila dah bawak kat ofis, sambal belacan saya jadi igauan peminat-peminat pedas lah pulak. Makan laksa Sarawak ni, kena bubuh sambal belacan banyak, kalau pedas lagi lah meletop!

Lepas tu kan, sorang colleague ni, bukan Melayu la, pm saya nak resepi sambal belacan tu. Ah, sudah! 

Kan saya masak ikut naluri hati jer diadun lagi dengan kasih dan sayang. Mana taknya sedap baqhang. Ah, perasan kau Kakmim.

Susah tau sebab saya jenis tak kira pun berapa biji bawang merah, cili kering berapa, air asam jawa banyak mana, cili api berapa biji, gula sesudu ke 2 sudu ke. Adoi la. Saya bagitau anggaran je lah. Tak tau dia buat menjadi ke tak seperti yang dia mahu. Eh, macam tajuk cerita seseorang pulak kan? Jangan marah Syaz. Haha!

Seorang Kakmim ni memang sejenis yang susah sikit nak bagi resepi, kerana lemah bab ni lah. Bukannya kedekut resepi tapi alaaa kalau kita dah biasa masak kita main anggar jer lah semua kan. Even nak masuk garam pun boleh anggar, nak sedang masin ke sangat masin.

Betul tak? Betul tak?

Itu jer lah ceritanya. Kesimpulan yang boleh disimpul rapi. Mungkin yang kita masak tu boleh jadi sedap pada anak-anak kita tapi taklah sesedap mana di lidah orang lain. Biasalah selera masing-masing tak sama.

Tapi yang penting, kalau anak-anak dan suami bagi kredit, sedap, itu pun dah memadai. Syukurlah tu sebab kita dah suntik memori kesedapan air tangan ibu di minda anak-anak kita. Dengan harapan bila mereka berjauhan dengan kita nanti, mereka akan sentiasa teringat masakan kita dan akan membuatkan mereka tak sabar-sabar nak balik rumah sebab nak makan masakan kita.

Bila ada ramai anak lelaki, begitulah. 

3 bodyguard Ibu


Semoga air tangan ibu menjadi bonding yang sangat kuat untuk ibu dan anak-anak lelaki ibu. Insya Allah.







 

12 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. samalah, bukan tukang masak yang hebat jugak. paling out adalah nak hias hidangan tu untuk tangkap gambar hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk main hias² tu kena byk props jugak br best... hehehehe... tgk gambar fiza best.. semua lawa

      Delete
  2. 3 bodyguard tu handsome handsome belaka

    ReplyDelete
  3. Semoga air tangan ibu menjadi bonding yang sangat kuat untuk ibu dan anak-anak lelaki ibu. Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Alaaa omeynya bodyguard ibu hehee ^_^

    ReplyDelete
  5. Saya pun bukan pemasak hebat. campak campak dan sedap ikut tekak sendiri okaylah. Resipi yang dikongsikan pun tak terlalu details adakalanya.
    Air tangan ibu tiada bandingan. Janji family suka makan hasil masakan kita :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form