Kisah Dalam Lagu : Good Bye

Masih dalam mode untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2020 nampaknya. Masih belum move on lagi dengan 2020. Tak puas rasanya berada di tahun 2020, terasa macam pause sekejap 3 bulan masa PKP hari tu. Hmm..


Sebenarnya kan awal tahun hari tu Kakmim ada plan nak buat topik Kisah Dalam Lagu. Rasanya ada beberapa entri je yang menyempat. Lepas tu Kakmim 'tenggelam' lagi dan bila dah timbul balik dah tak follow pun rules yang awal tahun 2020 tu. Mungkin tahun 2021 pasni Kakmim nak start balik lah kot. 


So far rules yang Kakmim selalu follow ialah Wordless Wednesday. Mungkin 2021 akan ada Throwback Thursday yang dicetuskan dari blogger Syazni Rahim dan Kisah Dalam Lagu, cetusan idea Kakmim sendiri. 


Kakmim memang suka muzik. Suka lagu. Dan Kakmim memang banyak kenangan dan kisah di sebalik lagu. Contohnya dengar lagu ni akan ingat orang ni, dengar lagu tu akan ingat insiden tu. Macam tu lah gambarannya. 




Untuk Kisah Dalam Lagu kali ni ialah sebuah lagu dari Air Supply. Good Bye. First time Kakmim dengar lagu ni masa Kakmim form 1, tahun 1994 dulu. Lamaaaaaa gila dah tapi since hari tu memang love sangat lagu ni. Time tu perhimpunan sekolah. Sekolah kami buat perhimpunan seminggu sekali je, pada hari Selasa. Kebetulan sempena English Week masa perhimpunan mingguan tu ada lah persembahan drama muzikal dari senior form 2. Lagu yang diorang bawak hari tu lagu Good Bye ni la. Tak ingat pulak dramanya berkisar tentang apa, Kakmim cuma ingat lagunya saja.


Nak dijadikan cerita, sejak PKP hari tu, Encik Suami suka on lagu masa kami sekeluarga makan. Selalunya dia akan main muzik instrumental atau Kenny G dari Youtube. Ambik mood makan kat hotel katanya. Kah! Kah! Ye lah masa PKP kan, terkurung je tak keluar ke mana-mana. Tu yang carik idea supaya anak-anak tak rasa terkurung. Akibatnya sampai sekarang #theIMANs pun dah terbiasa, asal nak makan je request Ayah untuk on lagu hotel. Konon! Hahaha!


Di suatu malam tu, malam tadi la. Tiba-tiba lagu instrumental dari Air Supply ni berkumandang masa kami sedang makan. Tu yang Kakmim teringat zaman sekolah tu. 


I don't want to let you down
I don't want to lead you on
I don't want to hold you back
From where you might belonggg..


Terngiang-ngiang pulak lirik lagu ni. Dan terimalah Kisah Dalam Lagu zaman perhimpunan sekolah dulu-dulu.



Good Bye - Air Supply (1993)

I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have so much more
I can feel your heart and I sympathize
And I'll never criticize all you've ever meant to my life
I don't want to let you down
I don't want to lead you on
I don't want to hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore

I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but good-bye
You deserve the chance at the kind of love
I'm not sure I'm worthy


notakakmim: suka masa perhimpunan sebab boleh usha senior-senior hensem! Wakakaka





5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Lagu air supply nj lejen. Mak Aien suka dgr sampai anak-anak terpngaruh sama .. ^^

    ReplyDelete
  2. Menarik gak Kisah Dalam Lagu ni kak..wah kemain feeling makan kat hotel sambil dengar lagu. Tak pernah lagi saya makan kat hotel ada dengar lagu. hihi..kena candle light dinner ke camne :)

    ReplyDelete
  3. hehe saya pun suka lagu ni, best! terima kasih kakmim mensi nama saya di situ hehehe

    ReplyDelete
  4. Lagu2 evegreen ni tak jemu dudengar kan, kalau akk suka dengar lagu lionel ritchi.

    ReplyDelete
  5. Mohon proceed plan Kisah Dalam Lagu ya Kak Mim. Hashtag #KDL Hehe. Masa sekolah dolok memang selalu nangga abang-abang senior yang hensem, tambah gik pengawas. Jadi pujaan. Haha. Padahal orang sik pandang pun kmk. Pakei syok sendirik jak tek.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form