Follow Us @soratemplates

12/12/2020

KPI 2021

Sendu pulak kan Kakmim minggu ni. Sibuk sikit dengan tugas hakiki. Scheduled post pun dah banyak guna tak sempat top up baru. Blogwalking pun tak sempat. Sori tau!


Biasalah hujung tahun macam ni ada jer meeting walaupun online tapi tetap jugak kena fokus. Minggu ni sibuk buat perancangan takwim Unit untuk tahun depan sekali dengan ABM unit. Belum lagi persediaan audit tahun depan. 


So semalam Kamus KPI 2021 dah keluar! Banyak jugak KPI baru tahun depan. Lepas ni kena fikirkan strategi pulak macam mana nak mencapai KPI tu. 

Dapat jer dari penyelaras kita baca seimbas lalu je dulu.


KPI unit dah tau, KPI institusi dah tau. KPI sendiri pun dah tau jugak. Tahun depan 2021 Kakmim nak ambik Level 2 pulak untuk Google Certified Educator. Semoga tak hangat-hangat taik ayam. 


Tahun depan dah 4 series. Selalu mampu fikir bab kerja je. Kesihatan, keluarga, kewangan, bekalan ke akhirat, banyaknya lagi yang nak kena fikir!!


Semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk baki-baki terakhir tahun 2020 ni! Dah boleh dah tu nak muhasabah diri supaya 2021 nanti kita lebih bersedia & bersemangat.


Selamat berhujung minggu ye!!
 




 

 

6 comments:

  1. takpe kakmim, take your time on blogging klu ada hal yg lagi penting ! atie pun actually byk schedule post haha ...

    ReplyDelete
  2. Fokus yang ney yang utama dolok. Hehe. Kmk berambeh ctok nangga ktk update. Salam berhujung minggu juak k.

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya capai KPI 2021 tu hehe

    ReplyDelete
  4. kebelakangan ni Cik TK pun tak sempat nak blogwalking. Selalu scheduled post. habis scheduled post semua dah publich maka tak ber-update la blog. huhu~

    ReplyDelete
  5. Hujung tahun memang sibuk nak siapkan semua kerja, laporan dsb. Kadang rasa tertekan juga... hehehhee... tak apa, nanti siap juga.

    ReplyDelete
  6. Saya pun baru nak panas enjin BW semula. lama dah cuti ni. Semoga KPI 2021 nanti tercapai :)

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥