Anda Pilih: Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta


Hari Isnin pertama di tahun 2021. 4 hari dah di tahun baharu. Kakmim pulak dah mohon cuti awal dah, sejak tahun lepas lagi. Selalunya awal tahun memang Kakmim akan mohon cuti sebab nak uruskan hari pertama #theIMANs ke sekolah. Walaupun takdelah sampai menunggu di sekolah tapi wajib jugak cuti, memang dah rutin dari dulu lagi.


Hari ni tadi Kakmim bawak nek aki (atok) Kakmim ke appointment di hospital. Ini kali ke-2 Kakmim bawak nek aki follow up di hospital. Dan kali ke-2 jugak Kakmim berurusan dengan hospital swasta. Seumur hidup Kakmim memang Kakmim tak pernah dapat rawatan di hospital swasta. Bersalin pun di hospital kerajaan. Mungkin background Encik Suami jugak antara penyebabnya kot.


Mulanya memang blur! Dah la tak pernah ke situ, tak tau pulak hala tuju level mana, bilik mana.. memang zero habis. Tapi nasib baiklah adik Kakmim yang pernah keja kat situ tau selok-belok di situ. Dan staf di situ pun kenal dia dan sangat-sangat membantu. Nak ke mana-mana ada je staf tolong tolakkan wheel chair. Dan layanan macam ni memang takkan dapat kalau berurusan di hospital kerajaan kalau kita ni sekadar pesakit luar! Sungguh Kakmim rasa, wow bestnya! 


Bila Kakmim cerita experience Kakmim sepanjang berada di hospital kat Encik Suami, tau apa komen dia?


"Private memanglah macam tu. Semuanya bisnes, kenalah bagi layanan first class."


Ye tak ye jugak. Tapi serius la.. no wonder orang prefer ke hospital swasta ye. Tapi ongkosnya pun perlu stand by jugak lah.


Part ongkos memang agak terkedu jugaklah. Ye lah dah namanya first time. Selalunya kalau follow up di hospital kerajaan, bawak GL je. Tapi kat swasta, konsultasi doktor dah RM150. Belum lagi doktor buat dressing, ambik darah kat lab lagi, ubat-ubatan lagi. Itu pesakit luar. Kalau pakej bersalin pun apa kurangnya. Kalau normal sekian pakejnya. Kalau ceaser pulak sekian. Tapi kalau booking pakej normal tetiba kena emergency ceaser maka total kosnya akan jadi pakej normal + pakej ceaser. Itu yang Kakmim dengar cerita member-member ofis. Seram pulak kalau nak bersalin tapi takde saving tapi berangan nak bersalin di hospital swasta. Hahaha! So far Kakmim dah ceaser di hospital kerajaan sekali, bersalin normal 3 kali. Rasanya kos 4 kali bersalin di hospital kerajaan tu pun tak boleh cover bersalin seorang di swasta. Haha! Tapi itulah.. money is king. Betul tak?


Nak selesa, nak dilayan bagai raja, kenalah berkorban kan? 


Orang selalu kutuk hospital kerajaan. Tapi Kakmim faham mungkin ada yang dah 'terkena' tu memang akan terus cop hospital kerajaan macam ni macam tu. So far Kakmim okay jer sepanjang berurusan di hospital kerajaan. Mungkin jugak lah Encik Suami juga staf tapi Kakmim percaya urusan kami dipermudahkan kerana kita selalu memudahkan urusan orang lain. Kadang-kadang Allah bayar cash kan? Allah tu kan Maha Adil. Kakmim memang selalu pegang kata-kata ni, Allah akan permudahkan urusan kita sekiranya kita memudahkan urusan orang lain. Semasa bekerja pun Kakmim akan pegang kata-kata tu.


Kesimpulannya, kerajaan vs swasta, anda pilih yang mana? Bagi Kakmim, kalau kita nak keselesaan, ada rezeki lebih memang tak salah kita permudahkan orang-orang tersayang kita untuk ke swasta. Tapi kita kena ingat jugak swasta ni tak suka risiko, so kalau kes yang high risk memang dia akan tolak balik ke hospital kerajaan. Last-last orang yang kau kutuk orang tu jugaklah selamatkan kau. Jangan jadi macam tu, sudah. 


Tak baiklah orang yang selalu memperlekehkan hospital kerajaan ni. Kita kena tengok beban tugas mereka dulu. Tengok time Covid ni je lah, hospital kerajaanlah yang paling sibuk menyantuni pesakit-pesakit Covid. Kalau mental tak kuat, iman tak setinggi mana, mungkin ramai frontliner kita 'pergi' begitu sahaja seperti mana yang kita dengar di negara-negara barat sana. Adil ke tak adil kalau kita nak judge mereka?


Kakmim bukan nak back up atau obses sangat bab ni tapi sewajarnya kita gunakan logik akal kita dalam membuat sesuatu keputusan dan pertimbangan. Jangan kerana mulut badan binasa, zaman sekarang keyboard warrior pun selalu menang saman jugak tau! 


Kerajaan atau swasta kedua-duanya sama penting dan ada kelebihan masing-masing. Terpulanglah nak ke hospital kerajaan atau nak ke hospital swasta. Tapi hakikatnya doktor pakar ni hospital swasta tu pun asalnya bermula di hospital kerajaan jugak. ☺️


Oklah, akhir bicara Kakmim belanja 1 swafoto kami siang tadi. Dulu masa kecik-kecik orang selalu cakap tak elok ambik gambar bertiga. Betul ke?



18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kmk pulak, prefer duak-duak hospital swasta dan kerajaan. Sebab ada medical card dari insurance untuk dapatkan rawatan ke hospital swasta. Untuk hospital kerajaan bagusnya kinek banyak kerja-kerja penambaikan dari aspek infrastruktur, pakar-pakar yang ada di hospital, servis pun improve juak. Just sik dapat nak lari dari kenak viral dan kenak complain la. Hehe. Normal la nak, yang penting semakin baik dari masa ke semasa demi kesejahteraan semua orang. Ecewah. Panjang pulak komen kmk. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah.. 2-2 pun sama jak sebenarnya... apa yg kita perlu bayar lebih, kita akn lebih dpt yg lebih bagus lah... ubat ttp juak sama, sakit beranak ttp juak sama bak kata bapak kmk.. hahahaha

      Delete
  2. Kita dedua pun ada experience sbb both my parents mmg gov staff so pape pun kena g hospital kerajaan la kan.. Experience ok n tak ok kat spital kerajaan, dedua pun dh pernah rasa.. So kita hadap je pape rintangan pun hahaha..

    But now sbb opis kita bagi GL utk g spital swasta, so kita ikut je. Syukur sgt..

    Mana pun kita pegi.. Dedua pun still akan dpt rawatan yg sama jgk.. Terpulang la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rawatan di swasta mmg superb berbaloi dgn kosnya... tp prosedur treatment tetap sama, xray, mri, ceaser... cuma xde lah q lama sgt kan berbanding kerajaan

      Delete
  3. Ada juak hospital kerajaan sik bagus sis. Mun kmk sorang bagi feedback x bagus tentang hospital ya. Memang sik org layan. Tok seranto² tempat kmk orang cop hospital ya x bagus. Rami org prefer hospital lain utk berurusan kecuali mun dah terdesak dan sik dapat nak di elak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah juak kmk dengar kes hospital daerah yg x bagus ya... cuba komplen dgn SISPA gambong staf sia

      Delete
  4. Kalau berduit, apa salahnya pilih hospital swasta kan. Macam sy ni tak ada pilihan, kena jugak ke hospita; kerajaan, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kala penjawat awam rugi jugak x gunakan kelebihan yg diberikan oleh majikan.. tp kalau ada insurans tu x salah rasanya kan?

      Delete
  5. swasta memang best tapi diorg lebih kpd bisnes. layanan mmg la superb kalau sakit demam2 tu bolehlah. tapi kalau sakit kritikal mama cadangkan pergi kerajaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu setuju... kalau sakit kritikal selalu swasta akn refer balik patient ke kerajaan

      Delete
  6. atie pun tatau prefer hospital mana, swasta mmg semua cepat tapi mahal..kerajaan plak.. hmmm nak kutuk hospital kerajaan pun takleh sbb psakit diorg double pesakit swasta kan... tapi in medical terms ni.. klu boleh kita spend sikit pun takpe kot... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada insurans tu boleh lah ke swasta... bkn apa, lebih selesa.. tp krjn sbnrnya lebih detail walaupun agak lambat

      Delete
  7. Kerajaan atau swasta, ada pro ada kontra. Ikut kemampuan dan keselesaan.

    ReplyDelete
  8. Bagi shida dua2 sama je..dia bergantung kpda pengurusan sebenarnya..
    Nak dibandingkan..dua2 ade keistimewaan tersendiri :)

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan urusan atok kakmim tuuuh., aminn

    ReplyDelete
  10. Ada pros and cons. ada bajet lebih memang boleh pilih hospital swasta, memang first class layanan sebab kita bayar mahal. Tapi tak semua hospital swasta mempunyai kepakaran dan fasiliti sama macam kerajaan. Ada orang ada duit pun suka pergi hospital kerajaan. bergantung pada pilihan dan keperluan masing masing :)

    ReplyDelete
  11. Sebab en asben keje hospital swasta,so kita guna je kelebihan yang ada.

    Pernah juga dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Alhamdulillah semuanya ok :)

    ReplyDelete
  12. x tau nak kata sbb belum lalui pengalaman tu hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form