Blog Archieve 2016-2020

Nampaknya sejak 3 tahun ni ada peningkatan rupanya entri di Monolog Kakmim. Tahniah kepada diri sendiri 🤭🤭👍🏻👍🏻


Pencapaian 2020 sebanyak 180 entri! Jauh sangat pencapaian daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Siapa sangka kan? Sekali air bah, sekali pantai berubah. Eh!

2016 - kesiannya ada 4 entri je sepanjang 12 bulan yang panjang tu. 2016 ialah tahun pertama Kakmim dan Encik Suami PJJ. Pada mulanya memang Kakmim ingat nak buat PJJ log sempena Kakmim jadi 'ibu tinggal' tapi apakan daya, memang tak tercapai hasrat tu. Sibuk sangat kot dengan tugas hakiki lepas tu dengan urusan persekolahan #theIMANs lagi. Memang benarlah 2016 me time hanya masa di ofis je dan kalau travelling ke tanah Melaya.

2017 - ada 7 je. Nantilah nak tengok balik apa yang Kakmim publish tahun tu. 

2018 - ada peningkatan ke 2 angka. Ni antara permulaan tahun-tahun yang sukar dalam kerjaya. Politik pejabat yang menjijikkan dalam sejarah perkhidmatan. Masa ni Kakmim banyak meluah di FB. Biasalah nak cepat, tak perlu taip panjang-panjang. Upload gambar letak caption dengan sedikit 'kemarahan' dalam sindiran. Post! 

2019 - ok sikit daripada tahun sebelumnya. Tahun terakhir PJJ. Hujung tahun kami dah bersama semula sebab tu ada masa sikit kot nak update blog. Hujung tahun juga penamat segala kebusukan politik pejabat tapi kesannya terasa dan kekal sampai bila-bila.

2020 - PKP tapi masih takde perasaan nak aktif semula sehinggalah sukuan ke-3 2020 barulah serius untuk aktif semula. Sehinggalah berkenalan dengan sahabat maya yang membaca entri ini. 

Terima kasih awak kerana sudi hadir menceriakan dunia blogging Kakmim.



20 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Sama jak kita tok ada turun nait blogging. Kadang banyak entri kadang sikit. Idea ada, penyakit malas banyak ilak. 😊

    ReplyDelete
  2. 2020 tahun kite kenal, alhamdulillah 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Hepi sgt ramai kenalan baru yg boleh berkongsi minat blogging

      Delete
  3. keep blogging kakmim! il be here all the time, insyaAllah

    ReplyDelete
  4. go go Kak Min, semoga terus meningkat penulisan kak min di tahun 2021

    ReplyDelete
  5. hahahahaha ok tu min...
    kita pun ada tahun yg sunyi sepi teruss...
    tahun yang paling tak membina langsung..
    Tahun 2020 baru ada semangat sket nak terus berblogging....
    itu pun setelah dipujuk rayu oleh sis lin...hahaha

    So mari la kita sesama naikkan semangat untuk terus menulis...walau citer nya ntah apaapa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah tu ada push factor.. semoga kita semangat kembali memblog.. dlu ingt lg x zaman kita pakai msjbox junaidix tuh? 😂😂

      Delete
    2. ingat...!!! masa tu meriah gila kan...
      rindu nya la haaiii...

      Jun pun dah balik keje semenanjung balik...
      Bz dah dia skrg....

      Delete
    3. Masa tu muda lagi merepek apa ntah kt blog kan? 😂😂 carney pn dh ikut jun jugak dh skrg kt kl stelah pjj

      Delete
  6. Tahniah kak Mim.. semoga akak terus berusaha untuk kekal aktif dalam duni blogging..

    ReplyDelete
  7. Kipidap, kakmim, dan happy blogging! :)

    ReplyDelete
  8. takpe mim slow2 panas enjin naa

    ReplyDelete
  9. salam kenal kak mim... saya datang balas kunjungan :D

    ReplyDelete
  10. sekarang dh ramai x updet blog., ramai updet fb insta je., ;p

    ReplyDelete
  11. Semakin berganda ganda setiap tahu. sekali dia berubah, terus angka bertambah. Tahniah kakmim. kekalkan okay, jangan menyepi lagi. Keep it up. Happy new year 2021 :)

    ReplyDelete
  12. tahniah tahniahhhh!! keep on blogging ya ;-)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form