Hari Pertama Sesi Persekolahan 2021

Walaupun dilanda wabak Covid 19 hidup perlu diteruskan. Hari ini 20 Januari 2021 bakal menjadi sejarah kerana tak semua murid kembali ke sekolah untuk sesi persekolahan di tahun baharu. Anak-anak naik darjah tanpa hadir ke sekolah!! Kesian anak-anak semua angkara Covid 19 kehidupan kanak-kanak mereka menjadi tidak normal.


Tahun 2021 - 3 orang anak Kakmim berada di bangku sekolah rendah. Tahun 6, tahun 3 dan tahun 1. Oleh sebab situasi sekarang ni, hanya yang di tadika sahaja yang dibenarkan hadir ke sekolah secara bersemuka di samping mereka yang bakal menduduki SPM pada bulan Februari nanti. Ini bermakna hanya Alan sahaja yang akan ke sekolah. Kakak dan abang semuanya PDPR di rumah saja.
Tahun pertama ke sekolah tanpa Imran & Amirul. Sebelum ni sejak berumur 4 tahun Alan rilek saja ke sekolah kerana ada abang dan cousin bersama. Walaupun berlainan kelas tetapi tetap berada di bawah 1 bumbung yang sama. Tahun ni agak lain sedikit feelnya. Sebab tu muka tak berapa nak excited. Mengenang nasib diri kot.


Sampai cikgu pun tegur Alan. "Kenapa muka Idlan macam tu?". Ibu hanya mampu tergelak.


Masa on the way ke sekolah pun tak seceria selalu. Tak banyak ceritanya. Soalan yang selalu ditanya, Abang Kakak sekolah online di rumah banyak homework jugak kan? Entahlah apa yang dia risau bila Abang Kakak tak perlu pergi ke sekolah. Bila ambil masa balik sekolah pun ada lagi soalan Abang Kakak. "Lepas ni Ibu hantar Abang Kakak ke sekolah tak?" Kah! Kah! Alahailah anak. 


Oh, ya! Hari ni Kakmim cuti. Dari awal tahun lagi dah mohon cuti rehat dan dah diluluskan pun. Malas pulak nak kensel. So dapatlah memantau sesi PDPR Abang Kakak di rumah untuk hari pertama ni. Hari ni cuti so tak perlu buat laporan BDR. Yeay!



 

10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. pelik dia kenapa dia sorang je kena pergi sekolah kan. Tak ceria masing masing ke sekolah. yang dirumah pun feel dia lain. Hari pertama sekolah yang ada bermacam macam kisahnya tahun ni.

    ReplyDelete
  2. stay safe yeee abang2 handsome.. make sure always basuh tangan dan jgn pgg muka tau.... belajar rajin2 :)

    ReplyDelete
  3. Haha, jelezla tu kakak abg duk umh, dia kena gi sekolah.
    Akk pun memantau ank bujang akk drj 6 thn ni, dah drj 6, tapi jenuh kena jarit3 suruh buat keje sekolah.

    ReplyDelete
  4. Selamat ke sekolah!
    Adik Ema SPM tahun ni, tak ke sekolah. Batuk selsema..

    ReplyDelete
  5. Alahai comel je soalan Idlan. Selamat bersekolah untuk The Imans. Tak kisahla dari rumah atau di Tadika. Rindu tengok berita anak-anak menangis masuk darjah satu. Semoga Allah permudahkan urusan pelajar-pelajar menuntut ilmu

    ReplyDelete
  6. Happy back to school untuk hero-hero harapan bangsa...

    ReplyDelete
  7. alahai..patutla monyok je muka Alan...

    ReplyDelete
  8. Antara momen jadi kenangan tok kelak nangga cdak belajar di rumah depan mata dirikpun. Hehe. Alan jak kena sekolah tek. Sabarlah Alan, best jumpa kawan-kawan di sekolah ya kelak.

    ReplyDelete
  9. Alolooo comelnya Alan buat muka cenggitu. Lama-lama oklah kan Alan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form