Follow Us @soratemplates

18/01/2021

Pertama Kali BDR Tahun 2021


Malam tadi tidur lambat dek kerana The Uncanny Counter live new episode. Nasib baiklah hari ni mode BDR. Kalau tak BDR mungkin Kakmim tak stay up tunggu new episode tu. Itu pun malam tadi tertidur jugak masa klimaks cerita. Nampak sangat usia semakin senja tak boleh jumpa malam. Kah! Kah!


Bila dah BDR ni atau orang selalu cakap WFH, mesti ada KPI yang perlu dicapai di hujung hari. Kalau tak macam mana nak buat laporan harian kan? Masa BDR ni kalau takde menerima arahan daripada pengurusan tertinggi, takde online meeting yang perlu dihadiri, maka kita sendiri kena kreatif create task untuk dimasukkan ke dalam laporan BDR. Paling koman pun ko buatlah kursus di EPSA. Haa... dapatlah juga sehari kursus. Kalau kursus yang lebih daripada 6 jam tu dapatlah 2-3 hari kursus. Pandai-pandailah menggunapakai otak tu. BDR bukan alasan boleh pergi shopping di shopping mall sana ye. Selalunya masa BDR kalau Kakmim perlu selesaikan urusan di luar memang Kakmim akan ambil cuti rehat. Selamat!


Oh ya, nak ambil mood BDR ni perlu kreatif dan disiplin. Kalau tak memang ke laut lah segala task yang perlu disiapkan. Antara cara Kakmim mestilah mendengar lagu. 


Sebelum memulakan 'kerja-kerja ofis', kerja-kerja di rumah mestilah diselesaikan dahulu. Kena rancang menu makan tengah hari jugak sebab ada manusia lain kat rumah ni. Haha! Kalau lone ranger confirm tak lunch. Makan Maggi pun okay. Tapi bila ada 4 orang budak lagi tu haruslah pasang strategi nak lunch apa.


Sesambil mengemas dapur, supervise #theIMANs jemir kain & mengemas rumah kita dengar lagu dari iMusic dulu.

Lagu pilihan mestilah lagu-lagu 90-an. Kah! Kah! Senior citizen lah katakan. Lepas puas hati barulah masuk 'alam ofis' di rumah.


Bila 12 tengah hari, gantunglah headphone, berhenti menaip. Kena tranform jadi surirumah pulak. Apalagi ketang-ketunglah di dapur untuk menyediakan lunch.


Lepas lunch, rehatlah apalagi. Di ofis pun macam tu jugak. Lepas lunch, solat lepak surau sekejap sebelum sambung keja balik.


Tapi tadi Kakmim ada ngelat sikit, curi masa 1 jam untuk layan K-drama. Oops! Cerita lama je, baru episod 3. Lepas tu baru 'masuk ofis' balik.



Alhamdulillah KPI hari ni setel. Anda-anda semua pulak buat apa ye tadi?

9 comments:

  1. Lebih banyak tugasan bila ber BDR ni. kalau tak pandai manage dan tak disiplin, kelaut kerja kerja office nanti kan. okaylah tu kakmim punya managament time :)

    Song Seung-heon hero Autumn in my heart :)

    ReplyDelete
  2. Hehe buat task apa yang patut. Tapi progress agak slow.. huhuuu.. bila wfh ni banyak dugaannya... 😅

    ReplyDelete
  3. selamat ber"BDR"....ayu nya keja memang x leh nak bawak balik rumah, ni sban pun dah PKP...maybe penggiliran je la kot.. sama..ayu pun tgh layan the uncanny counter, lum tgk lagi 2 ep yg baru ni...tunggu sekali yg final 2 kot..sbb takut geram tunggu.. ha ha ha. best ke cita black tu kan?
    btw..list lagu..best best tu!!!

    ReplyDelete
  4. selamat work from home...saya dr october 2020 smp skarang work from home...

    ReplyDelete
  5. Uih.. Kalau menu macam ni makan depan PC pun takpa.. Tambah ada mushroom soup & tiramisu ssjuk-sejuk.. Aum

    ReplyDelete
  6. BDR...WFH lebih banyak cabarannya.

    ReplyDelete
  7. kakmim tgk la black malaysian remake punya.. best :)

    ReplyDelete
  8. Saya WFH ni report selalu kosong. Nak buat cmane, keje saya kalau bos tak bagi memang takde langsung. Tu yang hari-hari layan movie

    ReplyDelete
  9. Lagu Bunga Angkasa ya best. HAHA. Sik tauk kenak hari2 pasang lagu ya setiap pagi nak ke opis sekali berlagu. Haha. Pakei semangat gi kerja tek nak.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥