Follow Us @soratemplates

18/01/2021

4 Bujang

Bila diberi chance pegang henfon, apalagi diorang ni. Geram! Sanggup buat apa saja supaya Ibu benarkan diorang main game di henfon. Bagus jugak, ada yang tukang sapu lantai, lepas sapu baru vakum dan akhir sekali mop. Sila ikut turutan ye. 


Jangan lupa sidai baju, bersihkan litter kucing, simpan pinggan mangkuk kering, bagitau je semua on. Kalau tak, Ibu tak bagi henfon. Kah! Kah!


4 bujang? Mana datang sorang lagi bujang tu? Ha.. sorang lagi kazen #theIMANs yang tinggal selorong dengan kami. Anak adik Kakmim. Terkejut-terkejut adalah diorang 3 beradik menjenguk depan pintu rumah. Kebetulan hari tu semua pakai baju biru. Sampai-sampai je depan rumah sibuk si Amirul menegur #theIMANs, "Apa ni semua baju biru". Lepas tu diorang semua gelak.


Mereka ni sebaya je semua, kecuali Alan yang takde geng. Alan selalunya mereka takmo layan sangat tapi kalau mereka nak 'mempergunakan' Alan baru mereka baik dengan Alan. Imran dan Amirul pulak memang geng keras tapi kalau mereka 3 beradik saja, baik pulak main dengan Alan. Kadang-kadang gaduh jugak, biasalah budak-budak. Tapi Imran & Amirul memang jarang-jarang sangat bergaduh. BFF dan geng membawang. Cerita tak pandai habis. Dari kecik lagi mereka bersama. Dari masuk taska hingga ke tadika. Tahun ni darjah 1 barulah mereka terpisah. Kakmim selalu sembang dengan Encik Suami macam manalah si Imran & Amirul bila dah remaja kelak. Mereka ni adik beradik susuan sebab tu bonding rapat jugak kot. 


Cepat je masa berlalu, anak-anak semuanya semakin membesar. Hmm..


14 comments:

  1. Hahahha.. budak2 sekarang memang nak berupah baru buat kerja, samalah macam Iman kat rumah tu, walau dah besar panjang, semua nak dikerah dan diupah

    ReplyDelete
  2. Haha... Bagey berjanji serupa color baju. Bagus juak kaedah ya. Nolong molah kerja dolok baruk main hp.

    ReplyDelete
  3. Bila dijanji bg pgg phone senang je ye nak tolong buat kerja2 haizzz, budak2 kan..camtulah, nak main keluar pun tak boleh juga, main game sesama dorang, asalkan tak berlebihan ok je.

    ReplyDelete
  4. Baru nak tanya siapa sorang lagi tu. rupanya cousin dorang datang. Meriah lah dengan 4bujang. budak budak biasa lah karenah dia. kejap geng kejap tak. tapi bab nak main handphone sanggup buat apa saja walaupun paksa rela. sebab nak main handphone punya pasal :)

    ReplyDelete
  5. semua dpt sorang satu.. hehehe
    beruntungnya anak2 zaman skrg

    ReplyDelete
  6. Laaaa... Ingatkan kembar 4...
    Comel semuanya...
    Warna yang sama nampak kesepakatan kata ex bigbos saya..

    ReplyDelete
  7. Anak Kakmim pun tiga-tiga laki ye. Sama kita. :)

    ReplyDelete
  8. Sama baju sidak empat ya eh. Hehe. Ya la umpannya berik handphone, senang nak disuruh oh. Hehe. Pendedahan kerja-kerja rumah :)

    ReplyDelete
  9. sakan diorang ye bila dapat henpon hehhe...
    sama je, budak-budak kat rumah kita pun sana...
    klu bole 24 jam nak pegang henpon..

    ReplyDelete
  10. kejap je nnti dptla anak menantu pandai memasak didapur pulak., mesti kecoh kann., ;p

    ReplyDelete
  11. Sedondon semuaaaa!! Comel semua biru!

    Hehe bagus juga kan.. walaupun berupahkan main game, mereka belajar untuk kemas rumah. Besar nanti senang boleh berdikari

    ReplyDelete
  12. atie kan, klu kwen mmg nak 4 boys :) thats it hahaah

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥