Update Situasi Covid 19 di Sarawak

Allahu! Kes harian sehingga 12 tengah hari di seluruh negeri di Malaysia telah mencecah ke 4029 kes! Kes harian tertinggi sejak 18 Mac 2020 yang lalu. Kalau dilihatkan secara keseluruhannya semua negeri ada mencatatkan bilangan kes baharu! Ya Allah! Apa nak jadi sekarang ni? Macam dah tak terkawal Covid 19 ni.



Sarawak pula mencatakkan 69 kes baharu! Bahagian-bahagian di Sarawak pun dah mula bertukar status dari hijau ke kuning.


3 bandar utama di Sarawak masih kekal berstatus merah. Perkara yang paling ditakuti pun telah terjadi. Kluster Pasai macam sudah menular ke bahagian-bahagian lain


Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ataupun lebih mudah kami di sini panggil SDMC telah memutuskan semua bahagian di negeri Sarawak akan dikenakan PKPB dan PKP untuk bahagian Sibu. PKP di Sibu telah bermula pada hari ini dan PKPB untuk semua bahagian lain akan berkuatkuasa 18 Januari nanti. Kalau semua dah PKPB harap-harap rentas daerah tidak dibenarkan di Sarawak. Ini untuk memastikan rantaian jangkitan dari Kluster Pasai dapat diputuskan. Walaubagaimanapun SOP PKPB di Sarawak hanya akan dikeluarkan esok hari. 


Dan dukacita juga dimaklumkan hanya exam classes sahaja yang akan hadir ke sekolah untuk PDP bersemuka. Yang lain-lain akan menjalani PDPR. Huhuhu! Beg-beg sekolah #theIMANs sudah siap bersusun malam tadi, nasib baik kasut-kasut belum dikeluarkan dari kotaknya. Hampa lagi nampaknya.


Tak taulah macam mana budak-budak tahun 1 nak PdPR. Whatsapp grup kelas pun takde lagi. 

notakakmim: tak tau nak sedih atau gembira

 

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Itula dia. Banyak-banyakla kita doa. Marilah kita dok rumah saja kalau takde urusan. Tak kira kawasan kita PKP ke, PKPB ke. Anak-anak kita la kesian. Adoi.

    ReplyDelete
  2. Sama2 kita mohon dari Allah kerana Dia yang maha mengetahuai. Semoga ada hikmah yang lebih besar

    ReplyDelete
  3. tak nampak rupa akan berkurangan kan isu covid ni, hmmm Ya Allah tatau la bila smua nak selesai

    ReplyDelete
  4. kan...terkejut nanggar kes marek...huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Makin hari makin menggila naik kes baru. Terkejut betul naik sampai 4k semalam. sedih betul. ini bukan 2 minggu je PKP ni..nampak gaya macam lambett lagi nak turun kes. ramai tak kisah nak jaga sop sekarang. huhu

    ReplyDelete
  6. Redha jela kakmim. Masa kreluar berita sy automatik teringat kakmim sebab saya baru baca entry preparation sekolah anak2. Stay safe

    ReplyDelete
  7. sy dah x tau laa nk kata apa lg psl kes covid ni... cuma mampu berdoa, cpt laa vaksin tiba dan semuanya akan kembali pulih spt sedia kala...

    ReplyDelete
  8. Moga cepat reda.. huhuuu seram bila hari-hari tengok jumlah kes empat angka...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form